AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 138 (23 DISEMBER 2015 / BERSAMAAN 11 RABIULAWAL 1437H)
SOALAN:
Assalamualaikum Tuan Mufti, Bagaimanakah seorang wanita yang mengamalkan niqab dapat terus memakainya semasa umrah atau haji tanpa membayar dam?
Terima kasih
JAWAPAN:
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
Tidak boleh. Tetap dikenakan dam jika wanita memakai niqab pada waktu ihram umrah dan haji. Seseorang wanita yang taat melakukan ibadah umrah/haji kerana menuruti hukum syarak tentu tidak akan keberatan untuk menanggalkan penutup mukanya kerana tuntutan agama kerana itu juga merupakan ibadah kepada Allah SWT.
Wallahuaʿlam