AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 139 (04 JANUARI 2016 / BERSAMAAN 23 RABIULAWAL 1437H)
SOALAN:
Assalamualaikum Ustaz,
Adakah ibu dan bapa kita turut akan mendapat dosa ketika kita share/post gambar mereka yangg tidak menutup aurat atau mungkin pada waktu itu aurat mereka terdedah di laman sosial spt di FB, Twitter & lain-lain? Tambahan pula gambar yangg kita share/post diambil/dikongsi tanpa pengetahuan mereka.
Terima kasih.
JAWAPAN:
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
Mereka tidak berdosa, sebaliknya orang yang menyebarkan gambar aurat ibu bapa itulah yang berdosa. Nasihat kami agar gambar-gambar tersebut dibuang darpada media sosial dan cukup sekadar simpanan ahli keluarga yang mahram.Semoga Allah ampuni kita semua.
Wallahuaʿlam