اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

WAS WAS DALAM NIAT SOLAT

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 183 (12 FEBRUARI 2016 M / 4 JAMADILAWAL 1437 H)

SOALAN:

Assalamualaikum Tuan Mufti.

Bagi orang yang kuat was wasnya bolehkah dia berniat solat sebelum lafaz takbiratul Ihram iaitu mengikut mazhab Hanafi.

Mohon pencerahan tuan Mufti.

Terima kasih.

 

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Sebenarnya tidak susah untuk berniat solat dalam mazhab al-Shafie. Lafaz niat bukanlah syarat. Yang wajib ialah menentukan perbuatan yakni solat, fardu atau sunat, jenis solat dan sebagai makmum dalam solat berjemaah, ketika takbiratulihram.

Contohnya:

"Sahaja aku solat fardu zuhur."

Memadai dengan kita menyengajakan dalam hati amalan apa yang kita ingin laksanakan.

Jika masih sukar, boleh bertaqlid kepada mazhab lain seperti Mazhab Hanbali atau Hanafi dengan syarat kita mengetahui rukun dan syarat sah solat dalam mazhab tersebut. Jangan dicampuradukkan berbilang pendapat dalam satu-satu masalah sehingga tiada ulama yang membenarkan amalan itu. Contohnya, seorang yang menyapu tiga helai rambut ketika wudu kerana mengikut mazhab Syafie tetapi menyentuh perempuan ajnabi dan tidak menganggapnya batal wuduk kerana bertaqlid kepada mazhab Hanafi. Jika dia solat dalam keadaan seperti itu, solat itu tidak sah mengikut kesepakatan ulama mazhab. Inilah yang dipegang oleh Syeikh al-Muhaqqiq Ibn Ziyad Rahimahullah dan lain-lain seperti yang dinaqalkan dalam I`anah al-Talibin (4/251).

Wallahua`lam.