اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

KADAR BACAAN RUKUN QAULI

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 185 (15 FEBRUARI 2016 M / 6 JAMADILAWAL 1437 H)

 

KREDIT

SOALAN:

Assalamualaikum yang berbahaia Datuk Mufti,

Saya sekarang tengah belajar di United Kingdom. Semasa solat berjemaah, saya tidak pernah dengar bunyi bacaan jemaah berbangsa Arab yg lain. Saya juga pernah ditegur kerana membaca al-Fatihah walaupun sekadar didengari saya sahaja oleh seseorang arab kerana menurut beliau saya sudah mengganggunya. 

Mohon penjelasan yg berbahagia datuk tuan guru.

wassalam

 

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Dalam mazhab al-Syafie, sememangnya rukun qauli seperti al-Fatihah Wajib dibaca dengan bacaan didengari kita sendiri. Dalam kitab I`anah al-Talibin (3/295) ada menyebutkan:

(ويجب إسماعه) أي التكبير، (نفسه) إن كان صحيح السمع، ولا عارض من نحو لغط ( كسائر ركن قولي) من الفاتحة والتشهد والسلام

Maksudnya: (Dan wajib mendengar) yakni Takbiratulihram itu oleh orang yang bersolat itu sendiri, sekiranya pendengarannya baik, dan tiada dihalang dengan benda yang mendatang contohnya bunyi bising, (seperti seluruh rukun qauli) daripada al-Fatihah, Tasyahhud akhir dan bagi salam.

Dalam keterangan selanjutnya menyebut:

ولا عارض) أي مانع من الإسماع موجود، فلو كان هناك عارض لم يجب عليه الإسماع ولكن يجب عليه ما مر)

Maksudnya: (Tiada `aridh) bermaksud tiada wujudnya penghalang daripada pendengaran, maka kalau wujud penghalang tidak wajib ke atas musolli itu mendengar tetapi wajib apa yang telah dinukilkan sebelum ini (yakni dibaca dengan kadar yang boleh didengari jika dibaca secara normal).

 

Begitu juga dalam mazhab al-Syafie, makruh (dibenci) jika dikuatkan suara bacaan sehingga di dengari oleh orang sebelah dan mengganggunya. Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW:

لا ضرر ولا ضرار

Maksudnya: Janganlah seseorang itu melakukan kemudaratan dan mengenakan kemudaratan itu kepada orang lain.

 

Hadis riwayat Ahmad.

 

Wallahua`lam.