AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 190 (18 FEBRUARI 2016 M / 9 JAMADILAWAL 1437 H)
SOALAN:
Assalamualaikum dato mufti,
Saya ingin bertanya, macam mana cara nak qadakan solat fardu subuh? Masa bilakah digalakkan untuk membuat qada solat fardu subuh?
Mohon penjelasan, terima kasih.
JAWAPAN:
Waalaikumussalam wbt, Qada bagi solat fardu yang telah luput boleh dilakukan pada bila-bila waktu. Daripada Anas bin Malik RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ نَسِيَ صَلاَةً فَلْيُصَلِّ إِذَا ذَكَرَهَا، لاَ كَفَّارَةَ لَهَا إِلَّا ذَلِكَ
Maksudnya: Barangsiapa yang terlupa menunaikan solat maka hendaklah dia menunaikannya apabila teringat, tiada kaffarah baginya melainkan demikian itu.
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Wallahu`lam.