اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

HUKUM KORBAN HAIWAN BERWARNA PELIK

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 113 (7 SEPTEMBER 2015 / BERSAMAAN 24 ZULKAEDAH 1436H)

Gambar hiasan. Kredit: farm1.static.flickr.com

Assalamu'alaikum Ustaz. Mohon ustaz jelaskan syarat binatang korban.apakah binatang Yang “tajok” (bahasa orang terengganu) yang berwarna putih di ekor dan kepala boleh dikorbankan atau tidak sah untuk dikorbankan? Terima kasih

JAWAPAN

 

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

  • Jika sempurna sifatnya dan cukup syarat-syaratnya, maka boleh dikorbankan.
  • Manakala daripada segi afdaliyyat, carilah haiwan korban yang lebih utama  daripada segi jenisnya, gemuknya, jantan atau betina dan juga warnanya.

Wallahuaʿlam