AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 115 (8 SEPTEMBER 2015 / BERSAMAAN 25 ZULKAEDAH 1436H)
Gambar hiasan. Kredit: cdn.static-economist.com
Salam Datuk. Kalau hisap vape yang flavor tiada nikotin takkan jatuh haram juga? Atau perlu dicukaikan dulu baru kira lain? Tolong jelaskan.
JAWAPAN
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
- Pengharaman menghisap vape bukan semata-mata kerana nikotin tetapi kerana kesan terhadap attitude atau sikap, tasyabbuh atau peniruan dengan budaya bukan Islam.
- Justeru, perbuatan itu ditinggalkan berdasarkan kaedah Saddu al-Dzarīʿah .
Wallahuaʿlam