اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

Isu bayar zakat secara kredit dan memindahkan zakat

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 173 (2 FEBRUARI 2016 / BERSAMAAN 23 RABIULAKHIR 1437H)

 
Soalan:
 

Assalamualaikum ust.

 

Saya ingin bertanya mengenai zakat hutang dan hukum memindahkan zakat. Jika kita membayar zakat menggunakan kad kredit adakah itu dikira zakat hutang? Jika dibolehkan adakah bank yangg patuh syariat sahaja kita boleh melakukan perkara tersebut? Memindahkan zakat ini siapakah yang berhak dan adakah ada kadar yang tertentu untuk memindahkan zakat ke luar negeri? Harap ustaz memberi respon. 

 
Terima kasih.
 
 
Jawapan:
 

Waalaikumussalam wbt,

 

Zakat sewajarnya dibayar secara tunai maka penggunaan kad kredit tidak tidak tepat, kecuali jika seseorang itu memang memiliki duit tetapi menggunakan perkhidmatan kredit untuk membayar zakat, itu tidak mengapa mengikut pendapat sebahagian ulama. Saranan kami agar gunakanlah kad debit bukan kad kredit untuk lebih selamat. Jika menggunakan kad kredit, mestilah menggunakan perkhidmatan yang patuh syariah.

Isu yang kedua berkaitan dengan pemindahan zakat, sebaiknya kita serahkan urusan ini kepada Baitul Mal atau Pusat Zakat Negeri masing-masing bagi menentukan kadar yang layak dan sesuai disalurkan ke luar negara.

Firman Allah SWT:

خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِم بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ ۖ إِنَّ صَلَاتَكَ سَكَنٌ لَّهُمْ ۗ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Maksudnya: Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Surah al-Taubah, 9:103

Daripada Abu Juhaifah RA bahawa dia berkata:

 

 

قَدِمَ عَلَيْنَا مُصَدِّقُ النَّبِيِّ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - فَأَخَذَ الصَّدَقَةَ مِنْ أَغْنِيَائِنَا فَجَعَلَهَا فِي فُقَرَائِنَا

Maksudnya: Telah datang wakil Rasulullah SAW untuk mengutip zakat dalam kalangan kami, maka dia mengambil zakat daripada kalangan kami yang kaya dan membahagikan zakat itu kepada orang miskin dalam kalangan kami.

Hadis riwayat al-Tirmizi, Ibn Hibban dan al-Tabrani

Berdasarkan dalil-dalil di atas, difahami bahawa keutamaan zakat dibahagikan di negeri di mana harta tersebut dikutip sebelum disalurkan ke luar negeri.

Wallahua`lam.