AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 176 (4 FEBRUARI 2016 / 25 RABIULAKHIR 1437 H)
Soalan :
Assalamualaikum Ustaz,
Bolehkah duit dividen/bonus bank yang mengamalkan muamalat riba ibu saya berikan kepada anak-anaknya dan suaminya. Apa yang saya tahu boleh jika kami bukan tanggungan si pemberi kerana anak-anaknya sudah bekerja.
Terima kasih
Jawapan:
Waalaikumussalam wbt,
Kami syorkan agar wang yang diperolehi daripada sumber yang haram digunakan bagi maslahah awam bagi orang Islam. Contohnya, membaiki infrastruktur seperti tandas yang rosak di masjid, pintu-pintu madrasah dan surau, dan menurap jalan-jalan berlubang.
Wallahua`lam.