اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

Hukum berinai untuk kahwin

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 226 (25 MAC 2016 M / 16 JAMADILAKHIR 1437 H)

 

SOALAN:

Assalamualaikum.

Saya nak bertanya mengenai inai yang dilukis di tangan pengantin perempuan. Apakah hukumnya? Ada saya lihat hukumnya haram. Mohon penjelasan. Terima kasih

 

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Sebaiknya elakkan berinai mengikut budaya yang bertentangan dengan Islam khususnya apabila terkait dengan syiar agama lain. Selain itu, berpada-padalah dan elakkan pembaziran harta benda. Lebih baik jika peruntukan yang besar bagi perbuatan berinai itu digunakan bagi perbelanjaan jamuan yang disediakan, memanggil fakir miskin dan anak yatim. Jika perbelanjaannya tidak begitu mahal, lukislah selain daripada gambar makhluk bernyawa seperti haiwan dan manusia, seperti pokok dan bunga-bunga, dan jangan melampau-lampau supaya hidup sentiasa diredhai Allah.

Wallahua`lam.