AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 227 (28 MAC 2016 M / 19 JAMADILAKHIR 1437 H)
Assalamualaikum ustaz..Apakah hukum meletakkan aplikasi Al Quran dalam handset.Mohon penyerahan ustaz.
JAWAPAN:
Waalaikumussalam wbt,
Terdapat dua keadaan dalam hal ini:
- Aplikasi al-Quran yang menyediakan paparan ayat dan boleh didengar bacaan qari. Ini baik dan suatu bentuk kemudahan bagi kita untuk mendekatkan diri dengan al-Quran.
- Ayat al-Quran dijadikan nada dering (ringtone) dan nada dering pemanggil (caller ringtone). Kami cenderung bahawa aplikasi jenis ini tidak dibenarkan.
Ini kerana bacaan al-Quran akan jadi tergantung dan tidak sempurna. Selain itu, ada kemungkinan bahawa nada dering itu akan berbunyi di tandas dan ini apabila berlaku merupakan satu bentuk penghinaan terhadap al-Quran. Al-Quran sifatnya ialah dibaca, diambil pengajaran dan peringatan, dan bukan tujuannya untuk menjadi pengingat panggilan orang. Semoga kita digolongkan Allah dalam kalangan mereka yang menghormati al-Quran.
Wallahua`lam.