اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

Terlanjur terlibat dengan riba

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 236 (1 APRIL 2016 M / 23 JAMADILAKHIR 1437 H)

SOALAN:

 

Assalamualaaikum Datuk Mufti.

Lanjutan kpd persoalan dan jawapan kpd BELI EMAS GUNA POS, apakah sebaik-baik tindakan yang perlu diambil setelah kita menyedari emas yang kita miliki samaada utk simpanan atau pelaburan tidak mematuhi perkara-perkara asas jual beli item ribawi?

 

JAWAPAN

Waalaikumussalam wbt, 

Kami menasihatkan agar perkara yang lepas biarkan lepas dan dijadikan sempadan. Yang penting, kita tidak tidak melakukan lagi perkara tersebut pada masa akan datang. Lakukan taubat dan juga berdoa kepada Allah untuk beroleh kemaafan dan petunjuk:

عَفَا اللَّهُ عَمَّا سَلَفَ ۚ وَمَنْ عَادَ فَيَنتَقِمُ اللَّهُ مِنْهُ ۗ

Maksudnya: Allah maafkan apa yang telah lalu; dan sesiapa yang mengulangi (kesalahan itu) maka Allah akan menyeksanya

(Surah al-Ma’idah, 5:95)

Sentiasalah ingat pesanan Rasulullah SAW berkenaan dosa besar daripada perbuatan riba. Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

اجْتَنِبُوا السَّبْعَ المُوبِقَاتِ» قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، وَمَا هُنَّ؟ قَالَ: «الشِّرْكُ بِاللَّهِ، وَالسِّحْرُ، وَقَتْلُ النَّفْسِ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالحَقِّ، وَأَكْلُ الرِّبَا، وَأَكْلُ مَالِ اليَتِيمِ، وَالتَّوَلِّي يَوْمَ الزَّحْفِ، وَقَذْفُ المُحْصَنَاتِ المُؤْمِنَاتِ الغَافِلاَتِ»

Maksudnya: Jauhilah kalian daripada tujuh dosa besar. Mereka bertanya: Wahai Utusan Allah! Apakah dosa-dosa itu? Baginda berkata: Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah tanpa alasan yang hak, memakan riba, memakan harta anak yatim, berpaling medan perang dan menuduh wanita mukmin yang suci dengan zina.

Hadis riwayat Imam al-Bukhari (6857) dalam Sahih-nya

Firman Allah SWT:

فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا فَأْذَنُوا بِحَرْبٍ مِّنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ ۖ وَإِن تُبْتُمْ فَلَكُمْ رُءُوسُ أَمْوَالِكُمْ لَا تَظْلِمُونَ وَلَا تُظْلَمُونَ

Maksudnya: Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.

(Surah al-Baqarah, 2:279)

Antara cara yang dicadangkan ulama juga ialah memperbanyakkan sedekah khususnya untuk perkara yang melibatkan maslahah awam umat Islam.

Wallhua`lam.