اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

Berkemampuan untuk haji: Bolehkah menerima sumbangan?

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 151 (13 JANUARI 2016 / BERSAMAAN 3 RABIULAKHIR 1437H)

SOALAN

Assalamualaikum wbt. SS Datuk,

Anak lelaki saya berumur 28 tahun telah mendapat tawaran menunaikan haji tahun pada tahun ini. Apa pandangan Islam jika wang simpanannya bernilai RM3,300 saya tambahkan wang menggunakan duit saya bagi mencukupkannya?

Terima kasih.

 

JAWAPAN:

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

Tidak ada masalah dengan berbuat demikian. Ini merupakan suatu khidmat yang baik di sisi agama. Salah satu daripada syarat wajib haji ialah al-Istita`ah yang bererti berkemampuan. Maksud berkemampuan di sini ialah al-zaad (memiliki bekal yang cukup) dan al-rahilah (memiliki kenderaan yang boleh membawa ke destinasi). Ulama menambah al-amn fi al-tariq (yakni keselamatan dalam perjalanan). Memiliki bekal pada zaman hari ini boleh dikatakan memiliki sumber kewangan yang cukup. Hal ini terbahagi kepada dua; cukup wang dan mampu pergi dengan sendiri, dan tidak cukup wang tetapi ada sumber lain yang menampung, contohnya sumbangan ayah kepada anaknya. Kedua-dua keadaan ini dibenarkan dan tiada masalah. Semoga kalian memperoleh haji mabrur dan diterima sebagai Dhuyuf al-Rahman.

Wallahua`lam.