اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

Hukum pemberian daging akikah dan korban kepada non-Muslim

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 152 (14 JANUARI 2016 / BERSAMAAN 4 RABIULAKHIR 1437H)

SOALAN

Assalamualaikum Y.Bhg. Datuk,

Saya ada satu soalan berkaitan dengan daging aqiqah dan korban sama ada ia boleh diberi kepada bukan Islam untuk memakannya.. Kalau ada perbezaan antara keduanya mohon pihak ustaz terangkan dengan jelas.

Terima kasih.

 

JAWAPAN:

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

 

Hukum ini ada khilaf dalam kalangan ulama. Sebahagian mereka seperti dalam mazhab al-Syafie melarangnya sama ada bagi korban nazar dan korban sunat, manakala mazhab Hanafi membenarkan. Para ulama yang tidak membenarkannya juga menqiaskan daging korban dengan daging akikah. Sila rujuk Garis Panduan Ibadah Korban yang dikeluarkan oleh JAKIM pada pautan berikut: http://www.e-fatwa.gov.my/sites/default/files/gp_pelaksanaan_ibadah_qurban.pdf

Walau pun begitu, ada beberapa keadaan bila maslahah manusia tanpa mengira agama wajar dipertimbangkan dalam isu ini. Misalannya, jika sekumpulan pendakwah pergi ke perkampungan orang asli yang bercampur antara muallaf dan belum masuk Islam, tentu barang pasti ialah wajar untuk diedar daging korban yang dibawa kepada semua penduduk sebagai wasilah yang melembut hati mereka terhadap Islam.

Wallahua`lam. Ps: Soalan ini telah dijawab oleh S.S. Datuk Mufti dalam siaran slot Medan Fatwa, Cinta Ilmu di TV al-Hijrah. Wallahua`lam.