اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

bilakah ditunaikan dua rakaat fajar?

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 199 (25 FEBRUARI 2016 M / 16 JAMADILAWAL 1437 H)

SOALAN:

Salam Tuan Mufti,

Saya ada satu soalan mengenai hadis yang mengatakan solat sunat sebelum subuh adalah lebih baik dari dunia dan seluruh isinya. Soalan saya, bilakah waktu yang dimaksudkan ini? Adakah sebelum azan subuh, atau bila-bila masa sebelum menunaikan solat subuh, ataupun antara azan dan iqamah? Adakah sama solat ini dgn solat sunat qabliah subuh?

Diharap Tuan dapat menjelaskan hal ini. Terima kasih.

 

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Daripada Aisyah R.anha, bahawa Nabi SAW bersabda:

رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا

 

Maksudnya: Dua rakaat sunat fajar itu lebih baik daripada dunia dan segala apa di dalamnya.

Hadis riwayat Muslim.

Al-Nawawi dalam Syarh Sahih Muslim (6/5)  menyebut yang dimaksudkan dengan “lebih baik daripada dunia dan segala apa di dalamnya” bererti lebih baik daripada harta benda dunia. Solat sunat ini dikategorikan oleh ulama sebagai salah satu solat sunat rawatib yang mengiringi solat fardu, iaitu solat fardu subuh. Waktu ditunaikannya ialah setelah masuk waktu subuh dan sebelum ditunaikan fardu subuh.

Wallahua`lam.

 

Kredit gambar: http://goo.gl/Bm68u6