اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #1994: HUKUM MENGEJUT ORANG YANG TIDUR UNTUK MENUNAIKAN SOLAT

HUKUM_MENGEJUT_ORANG_YANG_TIDUR_UNTUK_MENUNAIKAN_SOLAT.jpg                                                    

Soalan

Assalamualaikum ustaz, saya nak tanya. Kalau sudah masuk waktu solat dan kita nampak kawan kita masih tidur, adakah wajib untuk kita kejut dia untuk solat?

Ringkasan Jawapan

Hukum mengejut orang yang tidur untuk menunaikan solat adalah sunat dalam situasi berikut:

  1. Jika diketahui orang itu tidur sebelum masuk waktu walaupun kebiasaannya dia akan bangun sendiri untuk menunaikan solat dalam waktu dan sama ada dia tidur pada waktu itu bersebab atau tidak.
  2. Jika tidak diketahui keadaan orang itu dari segi bila dia mula tidur dan kebiasaannya akan sempat bangun solat atau tidak.

Manakala, jika diketahui bahawa seseorang itu tidur selepas masuk waktu dan kebiasaannya dia tidak akan sempat bangun untuk solat dalam waktu, maka wajib mengejutnya.

Huraian Jawapan

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari Kiamat.

Allah SWT sangat menitikberatkan kefarduan solat dalam al-Quran dan menekankan kewajipan untuk ia dilaksanakan dengan cara yang diajarkan oleh Nabi SAW dan pada waktu yang telah ditetapkan secara terperinci, firman Allah SWT:

إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ كَانَتۡ عَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ كِتَٰبٗا مَّوۡقُوتٗا

Maksudnya: “Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan ke atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.”

(Al-Nisa’:103)

Tambahan pula, solat pada awal waktu merupakan amalan yang paling disukai Allah SWT berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas’ud ra, beliau berkata:

سَأَلْتُ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم: أَيُّ الْعَمَلِ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ؟ قَالَ: "الصَّلَاةُ ‌عَلَى ‌وَقْتِهَا".

Maksudnya: Aku bertanya kepada Rasulullah SAW: Amalan apakah yang paling disukai Allah SWT? Baginda SAW berkata: “Solat pada awal waktu”.

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Pada asasnya, hukum mengejut orang yang tidur untuk solat ialah sunat di sisi mazhab syafi’i. Perkara ini disebutkan oleh Imam al-Nawawi, kata beliau:

يستحب إيقاظ النائم للصلاة، لا سيما إن ضاق وقتها[1]

Maksudnya: “Disunatkan untuk mengejutkan orang yang tidur untuk menunaikan solat, lebih-lebih lagi apabila waktu solat sudah hampir tamat.”

Hal ini kerana mengejut orang yang tidur untuk menunaikan solat adalah bertepatan dengan suruhan saling membantu dalam kebajikan dan takwa, firman Allah SWT:

‌وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰۖ

Maksudnya: “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan dalam membuat kebajikan dan bertakwa.”

(Al-Ma’idah: 2)

Walau bagaimanapun, hukum sunat ini bukanlah secara mutlak dalam semua keadaan, namun terdapat keadaan yang mewajibkan kita untuk mengejut orang yang tidur untuk solat.

Hal ini diterangkan dengan lebih terperinci oleh Sheikh al-Dimyati:

يسن إيقاظ النائم للصلاة إن علم أنه غير متعد بنومه أو جهل حاله، فإن علم تعديه بنومه كأن علم أنه نام في الوقت مع علمه أنه لا يستيقظ في الوقت، وجب.[2]

Maksudnya: “Disunatkan untuk mengejut orang yang tidur untuk solat jika diketahui bahawa dia tidak tidur yang melampaui batas (tempoh waktu solat) atau jika tidak diketahui keadaannya, adapun jika diketahui bahawa tidurnya melampaui batas seperti diketahui bahawa dia mula tidur ketika sudah masuk waktu sedangkan dia tahu yang dia tidak akan bangun dalam waktu (untuk solat), maka wajib untuk mengejut dia.”

Berdasarkan pernyataan tersebut, apabila seseorang itu tidur dengan sengaja setelah masuk waktu solat dan dia tahu yang dia tidak mampu untuk bangun dan sempat untuk bersuci dan mengerjakan solat dalam waktunya. Dalam hal ini, hukum tidur tersebut adalah haram dan hukum mengejut orang yang tidur itu adalah wajib.

Adapun jika seseorang itu tidur sebelum masuk waktu atau tidak diketahui keadaannya, maka hukum mengejut orang itu untuk solat dalam situasi ini adalah sunat. Tambahan pula, termasuk juga dalam hukum sunat ini jika orang yang tidur itu memang diketahui kebiasaannya dia akan bangun untuk solat sebelum tamat waktu dan juga sama ada dia tidur pada waktu itu dengan bersebab atau tidak.[3]

Kesimpulan

Hukum mengejut orang yang tidur untuk menunaikan solat adalah sunat dalam situasi berikut:

Jika diketahui orang itu tidur sebelum masuk waktu walaupun kebiasaannya dia akan bangun sendiri untuk menunaikan solat dalam waktu dan sama ada dia tidur pada waktu itu bersebab atau tidak.

Jika tidak diketahui keadaan orang itu dari segi bila dia mula tidur dan kebiasaannya akan sempat bangun solat atau tidak.

Manakala, jika diketahui bahawa seseorang itu tidur selepas masuk waktu dan kebiasaannya dia tidak akan sempat bangun untuk solat dalam waktu, maka wajib untuk mengejutnya.

WaAllahua’lam

 

Rujukan:

بيان حكم إيقاظ النائم للصلاة

عظَّم الله شأن الصلاة في القرآن الكريم ونَوَّه بأهميتها وعلوّ مكانتها في الإسلام، فأوصى بالمحافظة عليها في أوقاتها المفروضة، مُؤكِّدًا على ما فيها من الذِّكْر والخشوع وخضوع القلب والبدن لله سبحانه وتعالى، والإتيان بما أمر به والابتعاد عما نهى عنه؛ قال تعالى: ﴿إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَوْقُوتًا﴾ [النساء: 103]، وقال تعالى: ﴿أَقِمِ الصَّلَاةَ لِدُلُوكِ الشَّمْسِ إِلَى غَسَقِ اللَّيْلِ وَقُرْآنَ الْفَجْرِ إِنَّ قُرْآنَ الْفَجْرِ كَانَ مَشْهُودًا﴾ [الإسراء: 78].

قال الإمام النووي في "المجموع شرح المهذب" (3/ 74، ط. دار الفكر): [يستحب إيقاظ النائم للصلاة، لا سيما إن ضاق وقتها؛ لقوله تعالى: ﴿وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى﴾ [المائدة: 2]، ولحديث أم المؤمنين السيدة عائشة رضي الله عنها قالت: "كان رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم يُصلِّي صلاته من الليل، وأنا معترضة بين يديه، فإذا بقي الوتر أيقظني، فأوترت"] اهـ.

وقال العلامة الخطيب الشربيني في "مغني المحتاج" (1/ 464، ط. دار الكتب العلمية) عند كلامه على هذه المسألة: [هذا إن لم يخف ضررًا، وإلَّا فلا يستحب ذلك، بل يَحْرُم] اهـ

«حاشية الجمل على شرح المنهج = فتوحات الوهاب بتوضيح شرح منهج الطلاب» (1/ 274):

«(فَرْعٌ) يُسَنُّ إيقَاظُ النَّائِمِ لِلصَّلَاةِ إنْ عُلِمَ أَنَّهُ غَيْرُ مُتَعَدٍّ بِنَوْمِهِ أَوْ جُهِلَ حَالُهُ، فَإِنْ عُلِمَ تَعَدِّيهِ بِنَوْمِهِ كَأَنْ عُلِمَ أَنَّهُ نَامَ فِي الْوَقْتِ مَعَ عِلْمِهِ أَنَّهُ لَا يَسْتَيْقِظُ فِي الْوَقْتِ وَجَبَ إيقَاظُهُ اهـ سم»

«حاشية الجمل على شرح المنهج = فتوحات الوهاب بتوضيح شرح منهج الطلاب» (1/ 274):

«وَيُسَنُّ إيقَاظُ النَّائِمِينَ لِلصَّلَاةِ لَا سِيَّمَا عِنْدَ ضِيقِ وَقْتِهَا، فَإِنْ عَصَى بِنَوْمِهِ وَجَبَ عَلَى مَنْ عَلِمَ بِحَالِهِ إيقَاظُهُ»

«تحفة المحتاج في شرح المنهاج وحواشي الشرواني والعبادي» (1/ 429):hasyiah ibn qasim

«قَالَ ابْنُ الصَّلَاحِ كَرَاهَةُ النَّوْمِ تَعُمُّ سَائِرَ الْأَوْقَاتِ وَكَانَ مُرَادُهُ بَعْدَ ‌دُخُولِ الْوَقْتِ كَمَا يُشْعِرُ بِهِ كَلَامُهُمْ فِي الْعِشَاءِ»

«نهاية المحتاج إلى شرح المنهاج» (1/ 382):

«يُسْتَحَبُّ إيقَاظُهُمْ فِي أَوَّلِ الْوَقْتِ وَإِنْ عُرِفَ مِنْ عَادَتِهِمْ أَنَّهُمْ يَسْتَيْقِظُونَ وَقَدْ بَقِيَ مِنْ الْوَقْتِ مَا يُمْكِنُهُمْ فِيهِ الْفِعْلُ وَأَنَّهُ لَا فَرْقَ فِي ذَلِكَ بَيْنَ أَنْ يَكُونَ لَهُمْ غَرَضٌ يَحْمِلُهُمْ عَلَى النَّوْمِ فِي ذَلِكَ الْوَقْتِ أَمْ لَا»

«مغني المحتاج إلى معرفة معاني ألفاظ المنهاج» (1/ 309):

وَيُسَنُّ ‌إيقَاظِ ‌النَّائِمِ لِلصَّلَاةِ وَلَا سِيَّمَا إذَا ضَاقَ وَقْتُهَا، فَفِي سُنَنِ أَبِي دَاوُد أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم «خَرَجَ يَوْمًا إلَى الصَّلَاةِ فَلَمْ يَمُرَّ بِنَائِمٍ إلَّا أَيْقَظَهُ»

«تحفة المحتاج في شرح المنهاج وحواشي الشرواني والعبادي» (1/ 439):

«(قَوْلُهُ: لَمْ يَتَعَدَّ بِهِ) أَيْ: بِأَنْ كَانَ قَبْلَ الْوَقْتِ، أَوْ بَعْدَهُ لَكِنْ غَلَبَهُ وَلَمْ يُمْكِنْهُ دَفْعُهُ وَغَلَبَ عَلَى ظَنِّهِ أَنَّهُ يَسْتَيْقِظُ وَقَدْ بَقِيَ مِنْ الْوَقْتِ مَا يَسَعُهَا وَطُهْرَهَا»

[1] Yahya bin Sharaf al-Nawawi, al-Majmu’ Sharh al-Muhazzab, (Kaherah: al-Muniriyyah, 1347H), 3:74.

[2] Abu Bakar Uthman bin Muhammad al-Dimyati, I’anat al-Talibin ‘ala Hilli Alfazi Fath al-Mu’in, (T.tp: Dar al-Fikr, 1997) 1:142

[3] Shams al-Din Muhammad bin Abi al-Abbas al-Ramli, Nihayat al-Muhtaj ila Sharh al-Minhaj, (Beirut: Dar al-Fikr, 1983) 1:382.

يُسْتَحَبُّ إيقَاظُهُمْ فِي أَوَّلِ الْوَقْتِ وَإِنْ عُرِفَ مِنْ عَادَتِهِمْ أَنَّهُمْ يَسْتَيْقِظُونَ وَقَدْ بَقِيَ مِنْ الْوَقْتِ مَا يُمْكِنُهُمْ فِيهِ الْفِعْلُ وَأَنَّهُ لَا فَرْقَ فِي ذَلِكَ بَيْنَ أَنْ يَكُونَ لَهُمْ غَرَضٌ يَحْمِلُهُمْ عَلَى النَّوْمِ فِي ذَلِكَ الْوَقْتِ أَمْ لَا