اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #549 : HUKUM MEMBAKAR KEMENYAN

Soalan:

Apa pandangan tuan penggunaan kemenyan dalam majlis doa selamat atau tahlil?

Jawapan:

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, ‘kemenyan’ itu bererti: “Dupa atau getah drpd sj tumbuhan (Styrax benzoin) yg harum baunya apabila di­bakar, luban jawi; jenis-jenisnya.” Manakala menurut Kamus Besar Arab-Melayu Dewan, ‘البُخُورُ’ bermaksud bau yang dikeluarkan daripada kayu gaharu dan ayat ‘تَبَخَّرَ بِالبُخُورِ ‘ bermaksud mengasapi. Perkataan ‘اجتَمَرَ’ pula bermaksud mewangikan diri dengan kemenyan.

Hukumnya adalah harus, boleh jadi digalakkan bagi tujuan berwangian. Daripada Nafi’ RA, dia berkata:

كَانَ ابْنُ عُمَرَ إِذَا اسْتَجْمَرَ اسْتَجْمَرَ بِالْأَلُوَّةِ، غَيْرَ مُطَرَّاةٍ وَبِكَافُورٍ، يَطْرَحُهُ مَعَ الْأَلُوَّةِ ثُمَّ قَالَ هَكَذَا كَانَ يَسْتَجْمِرُ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Maksudnya: Ibnu Umar apabila ingin berwangi maka dia akan berwangi dengan kemenyan, tanpa mencampurkan dengan bahan lain, atau berwangi dengan kafur, atau mencampurkan kafur dan kemenyan. Dia berkata: “Beginilah Rasulullah SAW berwangi.”

Hadis riwayat Muslim (2254)

Kesimpulannya boleh digunakan kemenyan sebagai pewangi dalam majlis doa selamat atau majlis tahlil tanpa diikat dengan apa-apa kepercayaan dan khurafat yang bertentangan dengan panduan al-Quran dan al-Sunnah.

Wallahua’lam.