SOALAN 23 (23/06/2015 BERSAMAAN 06 RAMADAN 1436H)
Apakah hukum merokok ketika berpuasa?
JAWAPAN
Merokok membatalkan puasa, seperti pendapat jumhur ulama kerana mereka yang ketagih rokok didapati pada hatinya atau paru-parunya kesan dari rokok. Inilah pendapat Syeikh al-Syarbasi. Mengikut pendapat Syeikh Hasanain Makhluf dalam Fatawa Syar’iyah, hukumnya batal puasa dan hendaklah dia qadha’ serta dikenakan kaffarah mengikut pendapat yang asah. Inilah yang dinukilkan daripada al-Allamah Ibn Abidin dan juga al-Allamah al-Syarambalali dalam kitabnya, Imdad al-Fattah.
Ketegasan yang dikemukakan oleh ulama dalam isu ini jelas menunjukkan betapa merokok adalah tidak diredhai oleh agama Islam dan orang-orang yang bermaruah. justeru, marilah kita mengambil semangat Ramadan dengan nafas baru tanpa rokok. semoga Berjaya dalam kehidupan. Amin.