Soalan
Assalammualaikum, Bagaimanakah puasa bagi wanita yang darahnya keluar berterusan sehingga tidak tahu mana satu darah haid dan istihadah? Mohon pencerahan SS Mufti.
Ringkasan Jawapan:
Wanita Mutahayyirah ialah yang lupa adat kebiasaan haidnya dari segi kadar tempoh, waktu permulaan dan akhirnya selain tidak dapat membezakan jenis-jenis darah. Wanita pada situasi tersebut yang keluar darah berbulan-bulan sehingga lupa dan tidak mampu membezakan kategori darah, maka wajib berpuasa penuh sepanjang bulan ramadan kerana dianggap (ihtimal) suci. Kemudian, mereka perlu berpuasa pada bulan yang lain sebulan penuh. Puasa selama dua bulan penuh akan terhasil puasa yang sah selama 14 hari daripada setiap bulan (14+14 = 28 hari). Baki puasa 2 hari disempurnakan pada bulan seterusnya dalam tempoh 18 hari iaitu 3 hari pada permulaan dan tiga hari pada akhirnya bagi mendapatkan genap tempoh 30 hari berpuasa.
Huraian Jawapan:
Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari kiamat.
Wanita Mutahayyirah
Wanita mutahayyirah (kebingungan) istilah bagi wanita yang lupa adat kebiasaan haidnya dari segi kadar tempoh dan waktu permulaan dan akhirnya dan tidak dapat membezakan jenis-jenis darah. [1] Kelupaan tersebut berlaku kerana kelalaian, atau penyakit yang berlarutan dan gila dan lain-lain[2]
Hukum wanita Mutahayyirah
Wajib ke atas wanita mutahayyirah untuk berjaga-jaga (ihtiyat) kerana pada masanya berkemungkinan perlu mengikut keadaan wanita suci dan wanita haid. [3]
Oleh itu, para wanita mutahayyirah perlu memelihara hukum ketika wanita haid pada sebahagian perkara dan dikira wanita suci pada sebahagian perkara.
- Larangan dalam keadaan haid seperti bersetubuh, memegang al-Quran membacanya diluar solat, menetap di masjid, mahupun melintas melainkan untuk solat. [4]
- Perlaksanaan ibadah dalam keadaan suci seperti solat, tawaf, puasa, talak dan mandi wajib setiap fardu. [5]
Kaedah Puasa Wanita Mutahayyirah :
Wanita mutahayyirah wajib berpuasa penuh sepanjang bulan ramadan kerana masih wujud kebarangkalian(ihtimal) dia dalam keadaan suci. Kemudian, mereka perlu berpuasa pada bulan yang lain sebulan penuh secara berturutan.[6] Puasa selama dua bulan penuh akan terhasil puasa selama 14 hari daripada setiap bulan (14+14 = 28 hari).[7] Hal ini kerana bagi setiap bulan dianggap mereka dalam maksimum tempoh haid: 15malam = 16 hari.
Sebulan ramadan = 14 hari + Sebulan penuh (berterusan) = 14 hari + 2 hari di bulan lain |
30 hari |
Terhasil 14 hari suci kerana langkah berjaga kerana kemungkinan berlaku maksimum haid (15 malam dan 16 hari = terhasil 16 hari kerana maksimum haid berhenti pada siang hari ke 16. Namun, sekiranya dia ingat haidnya kebiasaan berhenti pada malam hari maka maksimum haid nya 15 malam, memadai 2 bulan puasa tanpa ada baki kerana lengkap sebulan ramadan dan sebulan penuh yang seterusnya (15+15). [8]
Cara Penambahan Puasa 2 Hari Pada Bulan Seterusnya:
Bagi menyempurnakan 30 hari puasa, baki lagi 2 hari akan diselesaikan pada bulan yang lain. Baki puasa 2 hari pada bulan lain dalam tempoh 18 hari iaitu 3 hari pada permulaan dan tiga hari pada akhirnya.
Tempoh 18 hari pertama |
|
Puasa 3 hari awal |
Puasa 3 hari akhir |
Alasan Puasa Dalam Tempoh 18 Hari
Sebanyak-banyak haid yang boleh membatalkan puasa ialah 16 hari. Maka, perlu berpuasa dalam tempoh 18 hari untuk mendapatkan 2 hari puasa pada setiap andaian berikut : [10]
1. Sekiranya haid diandaikan datang pada hari pertama pertengahan siang hari puasa, maka haid maksimumnya akan berhenti dan suci pada siang hari yang ke 16. Puasanya dikira sah dengan yakin ialah pada hari yang ke-17 dan yang ke-18. Maka, terhasil dua hari puasa dengan yakin.
2. Sekiranya haid diandaikan datang pada hari kedua pada pertengahan siang hari, maka haid akan berhenti pada hari ke -17. Puasanya dikira sah dengan yakin ialah pada hari yang pertama dan hari yang ke -18.
3. Sekiranya haid diandaikan datang pada hari ke-3, maka haid akan berhenti pada hari ke 18. Puasanya dikira sah dengan yakin ialah pada hari yang pertama dan hari yang ke-2.
4. Sekiranya haid diandaikan datang pada hari ke 16, maka haidnya akan berhenti pada hari pertama pada bulan berikutnya mengikut kadar maksimum haid. Puasanya dikira sah dengan yakin ialah pada hari yang ke -2 dan ke - 3.
5. Sekiranya haid diandaikan datang pada hari ke -17, maka haidnya akan berhenti pada hari ke- 2 pada bulan berikutnya mengikut kadar maksimum haid. Oleh itu, puasanya dikira sah dengan yakin ialah pada hari yang ke -3 dan ke 16.
6. Sekiranya haid diandaikan datang pada hari ke 18, maka haidnya akan berhenti pada hari ke- 3 bulan berikutnya mengikut kadar sebanyak-banyak haid. Oleh itu, puasanya dikira sah dengan yakin ialah pada hari yang ke -16 dan ke -17 bulan pertama.
Kaedah Ganti puasa sehari wanita Mutahayyirah[11]
Ganti puasa sehari bagi wanita Mutahayyirah ialah berpuasa selama 3 hari pada hari pertama, hari ke-3 dan hari ke 17 bagi mendapatkan puasa sehari dengan yakin :
Kesimpulannya, wanita mutahayyirah perlu mengetahui kaedah puasa ramadan mahupun puasa ganti sehari agar pelaksanaannya sah disisi syarak. Kaedah tersebut akan diaplikasikan sekiranya darah yang keluar berterusan sehingga berbulan - bulan sehingga lupa dan tidak mampu mengenalpasti kategori darah yang keluar.
[1] Al-Nawawi, Muḥyī al-Dīn Yahyā bin Sharf (t.th), al-Majmu’ Syarh al-Muhadzzab :Dar al-Fikr, Jld: 2 P : 434
مَنْ نَسِيَتْ عَادَتَهَا قَدْرًا وَوَقْتًا وَلَا تَمْيِيزَ لَهَا
ثُمَّ إنَّ النِّسْيَانَ قَدْ يَحْصُلُ بِغَفْلَةٍ أَوْ إهْمَالٍ أَوْ عِلَّةٍ مُتَطَاوِلَةٍ لِمَرَضٍ وَنَحْوِهِ أَوْ لِجُنُونٍ وَغَيْرِ ذَلِكَ
[3] Hajar al-Haitami, (1983), Tuhfah al-Muhtaj fi Syarh al-Minhaj wa hawasyi al-Syarwani Wa al-Ibadi, Bayrut : Dar Ihya’ al-Turath, Jld : 1 P: 407
وَالْمَشْهُورُ وُجُوبُ الِاحْتِيَاطِ) الْآتِي؛ لِأَنَّ كُلَّ زَمَنٍ يَمُرُّ عَلَيْهَا مُحْتَمِلٌ لِلْحَيْضِ وَالطُّهْرِ.
[4] Al-Nawawi, Abu Zakaria Mahya ad-din Yayha. (2005) Minhaj al-Thalibin wa Umdatun Muftin fi Fiqh, : Dar al-Fikr P20
والمشهور وجوب الاحتياط فيحرم الوطء ومس المصحف والقراءة في غير الصلاة وتصلي الفرائض أبدا وكذا النفل في الأصح وتغتسل لكل فرض
Hajar al-Haitami, (1983), Tuhfah al-Muhtaj fi Syarh al-Minhaj wa hawasyi al-Syarwani Wa al-Ibadi, Bayrut : Dar Ihya’ al-Turath, Jld : 1 P: 407
وُجُوبُ الِاحْتِيَاطِ ( فَيَحْرُمُ) عَلَى حَلِيلِهَا (الْوَطْءُ) وَمُبَاشَرَةُ مَا بَيْنَ سُرَّتِهَا وَرُكْبَتِهَا وَيَحْرُمُ عَلَيْهَا تَمْكِينُهُ لِاحْتِمَالِ الْحَيْضِ لَا طَلَاقُهَا لِأَنَّ عِلَّةَ تَحْرِيمِهِ مِنْ تَطْوِيلِ الْعِدَّةِ لَا يَتَأَتَّى هُنَا لِمَا تَقَرَّرَ فِي عِدَّتِهَا وَعَلَى زَوْجِهَا مُؤَنُهَا وَلَا خِيَارَ لَهُ؛ لِأَنَّ وَطْأَهَا مُتَوَقَّعٌ (وَمَسُّ الْمُصْحَفِ) وَالْمُكْثُ بِالْمَسْجِدِ إلَّا لِصَلَاةٍ
Al-Saqqaf, Abd Rahman bin Abdullah. (2017) Al-Ibanah wa Ifadah fi Ahkam al-Haid wa Nifas wa istihadah. Oman: Dar al-Nur al-Mubin. P: 25.26
معنى الإختياط: أنها كالحائض في أمور، وكالطاهر في أمور، فهي كالحائض في ستة أشياء: ۱- في مباشرة ما بين السرة والركبة، ۲- وقراءة القرآن في غير الصلاۃ، ۳- ومس المصحف 4- و حمله، 5 المكث في المسجد، و عبوره.
.
Al-Khatib al-Syirbini, Muhamamad bin Ahmad (1994) Mughni Muhtaj ila Ma’rifah Ma’ani al-Fazd Al-Minhaj, Dar Kitab Ilmiah J 1 P:291
وَإِنْ حَفِظَتْ شَيْئًا فَلِلْيَقِينِ حُكْمُهُ، وَهِيَ فِي الْمُحْتَمَلِ كَحَائِضٍ فِي الْوَطْءِ، وَطَاهِرٍ فِي الْعِبَادَاتِ، وَإِنْ احْتَمَلَ انْقِطَاعًا وَجَبَ الْغُسْلُ لِكُلِّ فَرْضٍ
[5] Al-Saqqaf, Abd Rahman bin Abdullah. (2017) Al-Ibanah wa Ifadah fi Ahkam al-Haid wa Nifas wa istihadah. Oman: Dar al-Nur al-Mubin. P: 25.26
والطاهر في خمسۃ: فهي ۱- في الصلاة، ۲- والطواف، ۳- والصوم، 4 - والطلاق، و – والغسل، كالطاهر في أمور
[6] Hajar al-Haitami, (1983), Tuhfah al-Muhtaj fi Syarh al-Minhaj wa hawasyi al-Syarwani Wa al-Ibadi, Bayrut : Dar Ihya’ al-Turath, Jld : 1 P: 407
تحفة المحتاج في شرح المنهاج وحواشي الشرواني والعباد (1/ 409)
(وَتَصُومُ رَمَضَانَ) لِاحْتِمَالِ أَنَّهَا طَاهِرٌ جَمِيعَهُ (ثُمَّ) تَصُومُ (شَهْرًا) آخَرَ (كَامِلَيْنِ) حَالٌ مِنْ رَمَضَانَ وَشَهْرًا
[7]Al-Nawawi, Abu Zakaria Mahya ad-din Yayha. (2005) Minhaj al-Thalibin wa Umdatun Muftin fi Fiqh, : Dar al-Fikr P20
منهاج الطالبين وعمدة المفتين في الفقه (ص: 20)
وتصوم رمضان ثم شهرا كاملين فيحصل من كل أربعة عشر
مغني المحتاج إلى معرفة معاني ألفاظ المنهاج (1/ 291)
وَتَصُومُ) وُجُوبًا (رَمَضَانَ) لِاحْتِمَالِ أَنْ تَكُونَ طَاهِرًا جَمِيعَهُ (ثُمَّ شَهْرًا كَامِلَيْنِ) بِأَنْ يَكُونَ رَمَضَانُ ثَلَاثِينَ وَتَأْتِي بَعْدَهُ بِثَلَاثِينَ مُتَوَالِيَةٍ
[8] Al-Khatib al-Syirbini, Muhamamad bin Ahmad (1994) Mughni Muhtaj ila Ma’rifah Ma’ani al-Fazd Al-Minhaj, Dar Kitab Ilmiah J 1 P:291
(فَيَحْصُلُ) لَهَا (مِنْ كُلِّ) مِنْهُمَا (أَرْبَعَةَ عَشَرَ) يَوْمًا إذَا لَمْ تَعْتَدْ الِانْقِطَاعَ لَيْلًا بِأَنْ اعْتَادَتْهُ نَهَارًا أَوْ شَكَّتْ لِاحْتِمَالِ أَنْ تَحِيضَ فِيهِمَا أَكْثَرَ الْحَيْض
أَمَّا إذَا اعْتَادَتْهُ لَيْلًا فَلَمْ يَبْقَ عَلَيْهَا شَيْءٌ وَرُبَّمَا تُرَدُّ هَذِهِ الصُّورَةُ عَلَى الْمُصَنِّفِ، وَقَوْلُهُ كَامِلَيْنِ حَالٌ مِنْ رَمَضَانَ وَشَهْرًا
[9] Al-Nawawi, Abu Zakaria Mahya ad-din Yayha. (2005) Minhaj al-Thalibin wa Umdatun Muftin fi Fiqh, : Dar al-Fikr P20
ثم تصوم من ثمانية عشر ثلاثة أولها وثلاثة آخرها فيحصل اليومان الباقيان
[10] Al-Khatib al-Syirbini, Muhamamad bin Ahmad (1994) Mughni Muhtaj ila Ma’rifah Ma’ani al-Fazd Al-Minhaj, Dar Kitab Ilmiah J 1 P:291
تَصُومُ مِنْ ثَمَانِيَةَ عَشَرَ) يَوْمًا (ثَلَاثَةً أَوَّلُهَا وَثَلَاثَةً) مِنْ (آخِرِهَا فَيَحْصُلُ الْيَوْمَانِ الْبَاقِيَانِ) لِأَنَّهَا قَدْ ضَاعَفَتْ الصَّوْمَ الَّذِي عَلَيْهَا وَصَامَتْ يَوْمَيْنِ بَيْنَهُمَا؛ لِأَنَّ غَايَةَ مَا يُفْسِدُهُ الْحَيْضُ سِتَّةَ عَشَرَ يَوْمًا فَيَحْصُلُ لَهَا يَوْمَانِ عَلَى كُلِّ تَقْدِيرٍ؛ لِأَنَّ الْحَيْضَ إنْ طَرَأَ فِي أَثْنَاءِ الْيَوْمِ الْأَوَّلِ مِنْ صَوْمِهَا انْقَطَعَ فِي أَثْنَاءِ السَّادِسَ عَشَرَ فَيَحْصُلُ الْيَوْمَانِ بَعْدَهُ، أَوْ فِي الْيَوْمِ الثَّانِي انْقَطَعَ فِي السَّابِعَ عَشَرَ فَيَحْصُلُ الْأَوَّلُ وَالْأَخِيرُ، أَوْ فِي الْيَوْمِ الثَّالِثِ فَيَحْصُلُ الْيَوْمَانِ الْأَوَّلَانِ، أَوْ فِي الْيَوْمِ السَّادِسَ عَشَرَ انْقَطَعَ الْيَوْمُ الْأَوَّلُ فَيَحْصُلُ لَهَا الثَّانِي وَالثَّالِثُ أَوْ فِي السَّابِعَ عَشَرَ انْقَطَعَ الثَّانِي فَيَحْصُلُ لَهَا السَّادِسَ عَشَرَ وَالثَّالِثُ، أَوْ فِي الثَّامِنَ
[11] Al-Nawawi, Abu Zakaria Mahya ad-din Yayha. (2005) Minhaj al-Thalibin wa Umdatun Muftin fi Fiqh, : Dar al-Fikr P20
ويمكن قضاء يوم بصوم يوم ثم الثالث: والسابع عشر