اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

F.A.Q Tauliah Mengajar Agama Islam Wilayah Persekutuan

Bahagian apakah yang bertanggungjawab menguruskan Tauliah Mengajar Agama Islam Wilayah Persekutuan?

Di PMWP, Unit Istinbat, Bahagian Fatwa yang bertanggungjawab menguruskan Tauliah Mengajar Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Bagaimana caranya untuk mendapatkan Tauliah Mengajar Agama Islam Wilayah Persekutuan?

Mereka yang berminat untuk mendapatkan Tauliah Mengajar Agama Islam Wilayah Persekutuan perlu mengisi dan melengkapkan borang Permohonan Mengajar Agama Islam Wilayah Persekutuan dan dokumen lampirannya, kemudian menghantar borang tersebut ke kaunter Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Borang boleh diperolehi melalui pautan berikut: https://bit.ly/brgTauliahWP

Bolehkah saya memohon melalui laman sesawang e-Tauliah PMWP?

Tidak. Buat masa ini, laman sesawang tersebut masih dalam proses naik taraf dan masih belum dibuka kepada umum. Permohonan yang pernah dihantar melalui laman sesawang tersebut terbatal secara automatik dan tidak diproses.

Siapakah yang layak memohon?

Mana-mana individu sama ada warganegara atau bukan warganegara boleh memohon untuk mendapatkan tauliah tersebut.

Pemohon mestilah sekurang-kurangnya berkelulusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dengan subjek agama seperti Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah atau lain-lain yang setara.

Pemohon yang mendapat pendidikan tidak formal dari mana-mana institusi agama seperti madrasah atau pondok pengajian juga boleh dipertimbangkan.

Berapakah tempoh yang dibenarkan untuk setiap permohonan (baharu atau diperbaharui)?

J: Warganegara – 1 Tahun, 3 Tahun atau 5 Tahun

Bukan Warganegara – 1 Tahun sahaja

Apakah dokumen yang perlu dilampirkan untuk permohonan baharu?

Warganegara

Salinan

 

Bukan Warganegara

Salinan

i) Gambar berukuran pasport

 2

 

i) Gambar berukuran pasport

 2

ii) Salinan Kad Pengenalan yang disahkan

 1

 

ii) Salinan pasport / visa yang disahkan

 1

iii) Salinan Sijil Akademik yang disahkan

 1

 

iii) Salinan Sijil Akademik yang disahkan

 1

iv) Salinan Sijil Kemahiran/Dokumen yang berkaitan dan disahkan

 1

 

iv) Salinan Sijil Kemahiran / Ikhtisas / Dokumen yang berkaitan yang telah disahkan

 1

v) Salinan Tauliah Negeri Lain (jika ada)

 1

 

v) Salinan Surat Lantikan Tenaga Pengajar daripada Majikan yang telah disahkan

 1

     

vi) Salinan Surat Tempat Mengajar berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang telah disahkan

 1

 

Apa proses permohonan tauliah di Wilayah Persekutuan?

1) Pemohon melengkapkan borang dan lampiran kemudian menghantar ke kaunter Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

2) Borang dan dokumen permohonan akan disemak:

2.1) Sekiranya borang yang dihantar lengkap, pemohon akan dimasukkan dalam senarai menunggu untuk temuduga

2.2) Sekiranya borang yang dihantar tidak lengkap, pemohon akan dihubungi semula oleh urus setia. (Peringatan: Sila pastikan nombor telefon bimbit [HP] ditulis di dalam borang untuk memudahkan sebarang makluman).

3. Surat panggilan temuduga akan dikeluarkan kepada senarai pemohon yang menunggu mengikut giliran. Keputusan temuduga akan dimuktamadkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam Wilayah Persekutuan.

4. Pemohon yang lulus temuduga akan dipanggil untuk menghadiri Muzakarah Pemegang Tauliah Mengajar Agama Islam Wilayah Persekutuan. Penyerahan sijil dan kad tauliah akan dibuat semasa majlis tersebut. Tempoh tauliah yang diluluskan juga akan dimaklumkan pada hari tersebut.

Apakah kategori permohonan yang boleh dipilih?

Pemohon boleh memilih kategori berikut :

  1. Mengajar Agama Islam (Al-Quran)
  2. Mengajar Agama Islam (Umum)
  3. Mengajar Agama Islam (Berkitab) atau
  4. Mengajar Agama Islam (Bidang Khusus)

 

Bagi kategori Mengajar Agama Islam (Bidang Khusus), pemohon boleh membuat pilihan bidang. Bidang yang boleh dipilih:

  • Faraid, Wasiat dan Hibah
  • Muamalat
  • Munakahat
  • Fiqh Ibadah
  • Pengurusan Jenazah
  • Pengurusan Haji dan Umrah
  • Fiqh Kontemporari
  • Falak Syarie
  • Akidah dan Falsafah
  • Tasawuf
  • Ideologi dan Doktrin Palsu
  • Kefatwaan
  • Undang-undang Jenayah Syariah
  • Sejadah dan Ketamadunan Islam
  • Hadis

 

Adakah sebarang bayaran dikenakan ke atas tauliah yang dikeluarkan?

Ya, berdasarkan Kaedah 3, Kaedah-Kaedah Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan)(Tauliah Mengajar Agama Islam)(Pindaan) 2021, semua tauliah yang dikeluarkan dikenakan bayaran mengikut kategori dan tempoh masing-masing. Kadar bayaran ini telah pun berkuatkuasa pada Januari 2021. Walau bagaimanapun, kutipan bayaran hanya dikenakan kepada permohonan yang dibuat bermula Januari 2023.

Berapakah kadar bayaran yang ditetapkan?

kadarbayaran tauliah

 

Bilakah saya boleh membuat pembayaran?

Pembayaran hanya boleh dibuat selepas mendapat pengesahan perakuan lulus tauliah mengajar agama Islam. Bayaran penuh mestilah dibuat mengikut kadar seperti dalam jadual di atas. Penjelasan bayaran lebih awal tidak menjamin kelulusan dan perakuan tauliah.

Bagaimana dan di manakah bayaran boleh dijelaskan?

Bayaran boleh dijelaskan di mana-mana kaunter Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) atau melalui medium e-Pay MAIWP di alamat berikut :

https://apps.maiwp.gov.my/epay/fpx

Resit mestilah disimpan untuk dikemukakan sebagai bukti semasa membuat tuntutan sijil dan kad tauliah di kaunter PMWP.

Berapa lama tempoh proses permohonan baru?

Tempoh permohonan baru bergantung kepada bilangan senarai permohonan yang diterima dan giliran permohonan yang sedang menunggu.

Saya ingin menganjurkan program di tempat saya dan ingin menjemput penceramah yang belum mempunyai tauliah daripada PMWP, apa yang perlu saya lakukan?

Pihak tuan perlu memohon Tauliah Khas bagi pihak penceramah tersebut. Sila rujuk FAQ Tauliah Mengajar Agama Islam Wilayah Persekutuan Khas untuk penjelasan lanjut

Apakah batas kandungan yang boleh disampaikan oleh seorang pemegang Tauliah Mengajar Agama Islam Wilayah Persekutuan?

Bahagian III, Kaedah 26 dalam Kaedah-kaedah Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) (Tauliah Mengajar Agama Islam) 2006 menyatakan:

Tiap-tiap pengajar yang telah diberikan tauliah mengajar di bawah kaedah 25 hendaklah, dalam melaksanakan tugasnya, tertakluk kepada syarat-syarat yang berikut:

a)    tidak mengajar dan menyebarkan apa-apa ajaran yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah;

b)        tidak menyentuh apa-apa perkara yang berhubungan dengan kedaulatan dan kuasa Yang di-Pertuan Agong dan mana-mana Raja sebagai Ketua agama Islam sesuatu Negeri;

c)         tidak menghina perkara khilafiah yang terdapat dalam empat mazhab yang muktabar dan yang tidak tak selaras dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah;

d)        tidak menyentuh isu parti politik, tidak menyentuh secara langsung hal-hal peribadi mana-mana individu dan tidak menghina mana-mana pihak berkuasa agama; dan

e)        mematuhi apa-apa peraturan yang dikenakan oleh pihak berkuasa yang berkenaan.

Sekiranya seseorang pemegang tauliah di Wilayah Persekutuan melakukan salah satu daripada kesalahan di atas atau ada aduan terhadapnya, apakah tindakan yang akan diambil ke atasnya?

Pemegang tauliah akan dipanggil untuk memberikan penjelasan sebelum sebarang tindakan ke atasnya diambil. Sekiranya didapati pemegang tauliah benar melakukan kesalahan tersebut, tauliahnya mengajar agama Islam di Wilayah Persekutuan boleh ditarik semula.

Saya ingin memperbaharui tauliah saya, bagaimana caranya?

Pemegang tauliah melengkapkan Borang Permohonan Lanjutan Pemegang Tauliah tiga (3) bulan sebelum tarikh tamat tempoh tauliah.

Borang Permohonan Lanjutan Tauliah Mengajar Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk Warga Negara

 

https://bit.ly/brgRenewTauliahWP

Borang Permohonan Lanjutan Tauliah Mengajar Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk Bukan Warga Negara

 

https://bit.ly/brgRenewTauliahWPForeigner

 

Bagaimana sekiranya saya ingin memanjang tempoh tauliah semasa memperbaharui tauliah?

Untuk memanjangkan tempoh tauliah, pemegang tauliah perlu membuat permohonan baharu. Permohonan boleh dikemukakan seawal tiga (3) bulan sebelum tarikh tamat tauliah sedia ada.

Tauliah saya telah tamat tempoh dan saya telah memohon untuk memperbaharui tauliah saya. Adakah saya boleh terus mengajar semasa dalam tempoh memperbaharui tauliah tersebut?

Peraturan sedia ada menetapkan sesiapa yang telah tamat tempoh tauliahnya tidak boleh meneruskan pengajaran. Pengajaran hanya boleh diteruskan setelah tauliahnya sah diperbaharui semula.

Disediakan oleh:

Unit Istinbat,

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan