اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN MERASMIKAN MULTAQA ULAMA ANTARABANGSA DAN KHATAM KITAB SAHIH BUKHARI

KERALA, INDIA, 3 MAC 2023 – Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan telah mewakili kerajaan dan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim merasmikan Multaqa Ulama Antarabangsa dan Khatam Kitab Sahih Bukhari bertempat di Universiti Markaz, Kerala, India. Majlis dihadiri puluhan ribu peserta juga disertai tokoh ulama terkemuka termasuk Mufti Besar India, Sheikh Abu Bakar Ahmad.

Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr. Luqman diiringi oleh Setiausaha Politik YB Menteri(Hal Ehwal Agama), YBhg. Dr. Muhamad Razak bin Idris. Dalam satu majlis LOI (Surat Minat) antara Jamiah Markaz dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP), telah dimaterai antara kedua-dua belah pihak berkaitan penyelidikan ilmah mazhab Syafie.

Dalam perkembangan berkaitan YBhg. Dr. Muhamad Razak dijemput menyampaikan ucapan dalam persidangan Sheikh Zayed Peace Conference bagi mempromosikan konsep kesederhanaan, kesejahteraan dan perpaduan umat ssejagat.

 

Pada hari yang sama, Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr. Luqman telah diberi penghormatan bagi menyapaikan khutbah jumaat di Grand Mosque Al-Futuh, Knowledge City, Kerala. Semoga hubungan dua hala ini akan terus diperkasakan melalui kerjasama strategik antara kedua-dua belah pihak yang memberi manfaat kepada semua.