Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

Aktiviti Cerapan Hilal Jamadil Akhir 1441H

25 & 26 Januari 2020 (Sabtu & Ahad)

Pada 25 (Sabtu) dan 26 (Ahad) Januari 2020, Unit Falak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah melaksanakan aktiviti cerapan hilal Rabiul Akhir 1441H bertempat di Menara Kuala Lumpur dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Cerapan ini dilaksanakan adalah untuk menyemak data hilal bagi penentuan awal bulan Jamadil Akhir 1441H dengan berpandukan kaedah Imkanur Rukyah. Ia juga adalah untuk membantu mengesahkan data rukyah yang disediakan oleh pihak Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Antara agensi yang terlibat dalam cerapan hilal Jamadilakhir 1441H adalah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia dan Institut Latihan Islam Malaysia Jakim.

Data Hilal pada 25 dan 26 Januari 2020 di Menara KL dan PICC adalah seperti berikut ;

Menara KL (25 Jan 2020)
• Bulan Terbenam : 19:51
• Umur Hilal : 14j 09m
• Matahari Terbenam : 19:25
• Ijtimak : 05:42 (25/1/2020)
(hasil cerapan – anak bulan tidak kelihatan/Awan tebal)

PICC (26 Jan 2020)
• Bulan Terbenam : 20:40
• Umur Hilal : 38j 58m
• Matahari Terbenam : 19:25
• Ijtimak : 05:42 (25/1/2020)
(hasil cerapan – anak bulan tidak kelihatan/Awan tebal)

Antara cabaran yang perlu diambil kira ketika mencerap hilal ialah faktor cuaca. Awan tebal atau kabus di ufuk akan mempengaruhi faktor kenampakan hilal.

Berikut merupakan gambar-gambar sekitar aktiviti cerapan hilal Jamadil Akhir 1441H: