Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

Kunjungan Dari Pondok Pesantren Nurul Islam (NURIS), Indonesia

03 Februari 2020 (Isnin)

Pada 3 Februari 2020 yang lalu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah menerima lawatan rombongan dari Pondok Pesantren Nurul Islam (NURIS), Jember, Jawa Timur, Indonesia seramai 42 orang yang terdiri daripada para pelajar dan guru-guru.

Antara objektif kedatangan pihak NURIS ke Malaysia adalah bertujuan untuk melihat dan mempelajari proses cerapan hilal yang dilaksanakan di Malaysia. Unit Falak PMWP membawa rombongan tersebut ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), iaitu salah satu lokasi cerapan hilal rasmi di Wilayah Persekutuan bagi melihat dan mempraktik proses cerapan hilal dilaksanakan menggunakan alat teodolit. Penerangan dan sesi taklimat turut diberikan oleh Penolong Mufti Unit Falak, Ust Shahril Azwan bin Hussin kepada rombongan tersebut.

Selain penerangan dan praktikal cerapan hilal, Unit Falak PMWP juga turut membuat aktiviti cerapan Syafaq Al-Ahmar dan cerapan matahari terbenam selain penerangan berkaitan proses penentuan arah kiblat yang dilakukan oleh Unit Falak PMWP. Semoga praktikal ringkas yang dipelajari pelajar-pelajar pondok berkenaan dapat memupuk minat mendalami ilmu falak serta mewujudkan hubungan baik diantara pondok berkenaan dan PMWP khususnya dan kedua-dua negara Malaysia-Indonesia umumnya..

Antara gambar-gambar sepanjang lawatan dari NURIS