Soalan: Bolehkah kita membayar zakat melalui Bank In ke akaun bank orang yang memerlukan, contoh madrasah-madrasah, orang-orang susah tanpa melalui PPZ?
Jawapan: Hukumnya adalah dibolehkan zakat dibayar melalui bank ini apabila memenuhi syarat-syaratnya. Tetapi seperti yang kami nyatakan bayaran zakat hendaklah diberi melalui PPZ kerana:
- Ia badan yang dilantik oleh pemerintah dan mentaati pemerintah adalah wajib dalam perkara ketaatan.
- Pembahagian kepada golongan asnaf berlaku lebih adil.
- Ramai asnaf yang berhak memperolehi manfaat wang zakat tersebut.
- Tidak timbul isu ketidak sampaian duit agihan zakat.
- Baitul mal memerlukan duit zakat bertujuan pengagihan kepada semua asnaf yang lapan yang berhak seperti yang termaktub dalam al-Quran.
Justeru kami cadangkan serahkanlah kepada PPZ agar tidak timbul sebarang keraguan dan lebih tersusun disamping mentaati pemerintah.