Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #533 : BAYAR ZAKAT MENGGUNAKAN KAEDAH 'BANK-IN'

Soalan: Bolehkah kita membayar zakat melalui Bank In ke akaun bank orang yang memerlukan, contoh madrasah-madrasah, orang-orang susah tanpa melalui PPZ?

Jawapan: Hukumnya adalah dibolehkan zakat dibayar melalui bank ini apabila memenuhi syarat-syaratnya. Tetapi seperti yang kami nyatakan bayaran zakat hendaklah diberi melalui PPZ kerana:

  • Ia badan yang dilantik oleh pemerintah dan mentaati pemerintah adalah wajib dalam perkara ketaatan.
  • Pembahagian kepada golongan asnaf berlaku lebih adil.
  • Ramai asnaf yang berhak memperolehi manfaat wang zakat tersebut.
  • Tidak timbul isu ketidak sampaian duit agihan zakat.
  • Baitul mal memerlukan duit zakat bertujuan pengagihan kepada semua asnaf yang lapan yang berhak seperti yang termaktub dalam al-Quran.

Justeru kami cadangkan serahkanlah kepada PPZ agar tidak timbul sebarang keraguan dan lebih tersusun disamping mentaati pemerintah.