SOALAN
Assalammualaikum, saya keliru untuk menentukan darah yang terhenti-terhenti di pertengahan haid sama ada dikira suci atau tidak. Mohon pencerahan SS Mufti
Ringkasan Jawapan:
Fatrah: Keadaan tempoh terputus darah mengalir keluar, namun sekiranya dimasukkan kapas ke dalam faraj, kelihatan kesan warna darah pada kapas. Oleh itu, fatrah ini dikira haid tanpa perselisihan ulama.
Naqa’: Keadaan tempoh terputus darah mengalir keluar dan tidak kelihatan kesan darah (suci) pada kapas setelah dimasukkan ke dalam faraj. Naqa’ tersebut akan dikira haid sekiranya memenuhi beberapa syarat-syarat yang ditetapkan.
Huraian Jawapan
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Waktu fatrah dan naqa’ adalah tempoh darah terputus atau berhenti mengalir keluar.
Fatrah: Keadaan tempoh terputus darah mengalir keluar, namun sekiranya dimasukkan kapas ke dalam faraj, kelihatan kesan warna darah pada kapas. Oleh itu, fatrah ini dikira haid tanpa perselisihan ulama.
Naqa’: Keadaan tempoh terputus darah mengalir keluar dan tidak kelihatan kesan darah (suci) pada kapas setelah dimasukkan ke dalam faraj, [1]. (Rujuk Hawasyi Syawarni wa Ibn Qassim al-Ibadi fi Syarh al-Minhaj 1/ 276) (Rujuk Mughni al-Muhtaj ila Ma’rifah al-Faldz al-Minhaj (1/294)
Semasa wanita mengalami masa naqa’ (berhenti dicelah-celah antara darah) sewaktu dalam tempoh haid terbahagi kepada dua :
- Naqa’ dalam keadaan haid
- Naqa’ dalam keadaan suci
1. Naqa’ yang Dihukum Haid
Masa naqa’ (terputus-putus) yang berada dicelah-celah sekurang-kurang haid (24 jam) dan maksimum haid (15 hari) dihukumkan sebagai haid kerana naqa’ mengikut waktu darah haid dengan memenuhi syarat-syarat berikut :
- Masa naqa’ (terputus) yang berada dicelah-celah antara darah haid yang keluar tidak melebihi maksimum 15 hari.
- Masa naqa’ antara celahan darah yang keluar mestilah termasuk himpunan darah yang keluar tidak kurang daripada sekurang-kurang haid (24jam).
- Masa naqa’ mestilah berada ditengah celahan diantara 2 darah
Sekiranya wanita melihat darah yang keluar serta masa naqa’ (terputus/terhenti) yang berada diantara celah celah darah dihukumkan haid sekiranya memenuhi syarat-syarat diatas. Ini adalah pandangan yang muktamad.[2] (Rujuk Mughni al-Muhtaj ila Ma’rifah al-Faldz al-Minhaj (1/293)
2. Naqa’ yang Dihukumkan Suci
- Naqa’ itu suci kerana darah itu petunjuk haid, sementara naqa’ (putus/terhenti) itu pentunjuk suci. Ini merupakan pandangan kedua dalam mazhab Syafie.
- Naqa’ yang datang selepas darah terakhir berhenti keluar dihukumkan sebagai masa suci tanpa khilaf ulama. Sebagai contoh hari terakhir pada hari ketujuh selepasnya tiada darah.
- Naqa’ dicelah himpunan haid yang kurang sehari semalam, dianggap darah fasad (istihadah).
- Sekiranya, bertambah naqa’ antara darah yang keluar melebih 15 hari adalah darah istihadah (Rujuk Mughni al-Muhtaj ila Ma’rifah al-Faldz al-Minhaj (1/294)
Justeru itu, naqa’ di celah-celah darah menyebabkan khilaf (perselisihan) dalam perlaksanaan solat, puasa, tawaf dan mandi wajib. Tidak sah perlaksaan ibadah tersebut pada naqa’ dicelah-celah antara darah mengikut pendapat muktamad yang menghukumkan haid sekiranya memenuhi syarat-syaratnya. Sebaliknya, perlaksanan ibadah sah pada waktu naqa’ dicelah - celah darah menurut pandangan kedua dalam mazhab Syafie yang menyatakan bahawa tempoh naqa’ itu suci, iaitu bukan tempoh darah haid.
Penutup.
Kesimpulannya, tempoh (fatrah) dikira haid tanpa perselisihan ulama dan naqa’ dihukumkan haid sekiranya memenuhi syarat-syarat yang telah dikemukakan, maka solat, puasa,tawaf dan mandi wajib tidak sah menurut pendapat muktamad. Sementara itu, pandapat kedua yang menyatakan tempoh naqa’ adalah suci boleh diaplikasikan bagi situasi dalam mengerjakan ibadah haji dan umrah.
[1] والفرق بينهما أن النقاء شرطه أن تخرج القطنة بيضاء نقية والفترة تخرج معها ملوثة
Sheikh Abdul Aziz Khalidi, (1971) Hawasyi Syawarni wa Ibn Qassim al-Ibadi fi Syarh al-Minhaj, Beirut : Dar al-Kitab Ilmiah. Jld.1 p: 276
أَمَّا الْفَتَرَاتُ فَهِيَ حَيْضٌ قَطْعًا وَالْفَرْقُ بَيْنَ الْفَتْرَةِ وَالنَّقَاءِ كَمَا قَالَهُ فِي زَوَائِدِ الرَّوْضَةِ أَنَّ الْفَتْرَةَ هِيَ الْحَالَةُ الَّتِي يَنْقَطِعُ فِيهَا جَرَيَانُ الدَّمِ وَيَبْقَى أَثَرٌ لَوْ أَدْخَلَتْ قُطْنَةً فِي فَرْجِهَا لَخَرَجَتْ مُلَوَّثَةٌ، وَالنَّقَاءُ أَنْ تَخْرُجَ نَقِيَّةً لَا شَيْءَ عَلَيْهَا،
[2]الْأَظْهَرُ أَنَّ (النَّقَاءَ بَيْنَ) دِمَاءِ (أَقَلِّ الْحَيْضِ) فَأَكْثَرَ (حَيْضٌ) تَبَعًا لَهَا بِشُرُوطٍ: وَهِيَ أَنْ لَا يُجَاوِزَ ذَلِكَ خَمْسَةَ عَشَرَ يَوْمًا، وَلَمْ تَنْقُصْ الدِّمَاءُ عَنْ أَقَلِّ الْحَيْضِ، وَأَنْ يَكُونَ النَّقَاءُ مُحْتَوَشًا بَيْنَ دَمَيْ حَيْضٍ، فَإِذَا كَانَتْ تَرَى وَقْتًا دَمًا وَوَقْتًا نَقَاءً وَاجْتَمَعَتْ هَذِهِ الشُّرُوطُ حَكَمْنَا عَلَى الْكُلِّ بِأَنَّهُ حَيْضٌ، وَهَذَا يُسَمَّى قَوْلَ السَّحْبِ
Naqa’ yang berada dicelah celah darah (ditarik/diheret) SAHAB kepada hukum haid
[3] وَالثَّانِي: أَنَّ النَّقَاءَ طُهْرٌ؛ لِأَنَّ الدَّمَ إذَا دَلَّ عَلَى الْحَيْضِ وَجَبَ أَنْ يَدُلَّ النَّقَاءُ عَلَى الطُّهْرِ، وَهَذَا يُسَمَّى قَوْلَ اللَّقْطِ وَقَوْلَ التَّلْفِيقِ، أَمَّا النَّقَاءُ بَعْدَ آخِرِ الدِّمَاءِ فَطُهْرٌ قَطْعًا، وَإِنْ نَقَصَتْ الدِّمَاءُ عَنْ أَقَلِّ الْحَيْضِ فَهِيَ دَمُ فَسَادٍ، وَإِنْ زَادَتْ مَعَ النَّقَاءِ بَيْنَهَا عَلَى خَمْسَةَ عَشَرَ يَوْمًا فَهِيَ دَمُ اسْتِحَاضَةٍ،
al-Khatib as-Syirbini as-Syafie, Shamsuddin, Muhammad Bin Ahmad, 1994 Mughni al Muhtaj Ila Ma’rifat Ma’ani Alfaz al-Minhaj, Dar al-Kutub al-‘Ilmia Jld. 1 p:293,294.