Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kalendar Bil 1/2021

4 Mac 2021 (Khamis)

Pada 4 Mac 2021 bersamaan 20 Rejab 1442H, telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kalendar Bil 1/2021 di antara Unit Falak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) bersama Jabatan Mufti Selangor dan Jabatan Kementerian Islam Malaysia (JAKIM).

Tujuan mesyuarat ini dijalankan adalah untuk menyelaraskan waktu solat di Wilayah Persekutuan dan Zon 1 Negeri Selangor yang menggunakan titik rujukan waktu solat yang sama. Selain itu, mesyuarat turut mengambil kesempatan membincangkan isu-isu falak yang berbangkit di samping bertukar-tukar idea dan pandangan bagi menyelesaikan isu tersebut.

Terima kasih diatas kehadiran pihak Jabatan Mufti Negeri Selangor dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ke mesyuarat yang diadakan tersebut. Semoga hubungan baik yang terjalin ini dapat memantapkan lagi perkembangan ilmu falak di negara ini.