Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

Irsyad Fatwa: Edisi Khas Ramadhan

HIKMAH ZAKAT FITRAH

SOALAN 63 (23 RAMADAN 1436H BERSAMAAN 10/07/2015)

Apakah hikmah zakat fitrah?

 

JAWAPAN

Berkenaan dengan hikmah zakat fitrah, telah dinyatakan dalam sebuah hadith daripada Ibn Abbas R.Anhuma katanya:

 

فَرَضَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَكَاةَ الْفِطْرِ طُهْرَةً لِلصَائِمِ مِنَ الْلَغْوِ وَالْرَفَثِ، وَطُعْمَةً لِلْمَسَاكِيْنِ

Maksudnya: “Rasulullah SAW telah memfardhukan zakat fitrah sebagai menyuci bagi orang yang berpuasa dari sebarang lagha dan keji serta memberi makan kepada orang-orang miskin.”

Riwayat Abu Daud

 

Secara umumnya, zakat fitrah berfungsi sebagai:

  • Menyucikan dosa bagi yang berpuasa.
  • Memberi makan kepada golongan miskin.
  • Menampal kekurangan puasa.
  • Mensyukuri kepada Allah SWT kerana sempurnanya Ramadhan.
  • Bersyukur kepada Allah SWT atas kurniaan cukup setahun dalam keadaan selamat.
  • Memberi kegembiraan kepada orang yang lapar pada hari raya.
  • Menyuburkan kasih sayang di kalangan mereka dan lain-lain.