اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

KUNJUNGAN HORMAT ISRA RESEARCH MANAGEMENT CENTRE KEPADA MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

PUTRAJAYA, 8 FEBRUARI 2023 – Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan menerima kunjungan hormat daripada ISRA Research Management Centre (ISRA MRC) yang diketuai oleh YBhg. Datuk Prof. Dr. Mohamad Akram Laldin, Ketua Pegawai Eksekutif ISRA MRC hari ini. Turut bersama-sama menyambut kehadiran kunjungan, SF Dr. Syed Syahridzan bin Syed Mohamed, Ketua Penolong Mufti (Penyelidikan).

Pertemuan YBhg. Datuk Prof. Dr. Mohamad Akram kepada SS Datuk Prof. Madya Dr. Luqman ke pejabat ini adalah untuk membincangkan dan bertukar pandangan berkaitan hal ehwal Kewangan Islam dan prospek perbankan Islam melalui produk baru dari aspek hukum dan realiti semasa. Semoga pertemuan ini dapat mengukuhkan silaturahim disamping dan mewujudkan hubungan kerjasama strategik antara dua agensi.