اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

Irsyad Fatwa: Edisi Khas Ramadhan

PUASA DAN AL-QURAN PEMBERI SYAFAAT

SOALAN 29 (24/06/2015 BERSAMAAN 07 RAMADAN 1436H)

Benarkah puasa dan al-quran pemberi syafaat?

 

JAWAPAN

Benar, sabda Nabi SAW:

الصِّيَامُ وَالقُرآنُ يُشَفِعَانِ لِلْعَبدِ يَومَ القِيَامَةِ. يقولُ الصِيامُ: أَي رَبَّ، مَنَعْتُهُ الطَّعَامُ وَالشَّهوَاتِ بِالنَّهَارِ فَشَفِّعْنِي فِيهِ. وَيَقُولُ القُرآنُ: رَبِّ، مَنَعْتُهُ النَّومَ بِاللَّيلِ فَشَفِّعْنِي فِيهِ فَيُشَفِّعَانِ

Maksudnya: “Puasa dan al-Quran member syafaat kepada hamba pada hari kiamat. Puasa berkata: Hai Tuhanku, aku menegahnya daripada makan dan syahwat pada siang hari. Maka berilah syafaatku padanya. Al-Quran pula berkata: Tuhanku, aku tegahkannya daripada tidur malam, maka berilah syafaat kepadaku padanya. Kemudian kedua-duanya diberi syafaat.”

(Riwayat Ahmad dengan sanad sahih)