Bahasa : 
Warna Tema : 
blue green oren
Saiz Teks : 
A- A A+
FAQ

SOALAN 62 (23 RAMADAN 1436H BERSAMAAN 10/07/2015)

Apakah hukum zakat fitrah ke atas banduan?

 

JAWAPAN

Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa 2003 berkenaan Zakat Fitrah ke atas Orang Tahanan dan Banduan Islam di Istitusi penjara:

Hukumnya wajib sekiranya cukup syarat wajib zakat fitrah iaitu:

  • Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  • Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  • Memeluk islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
  • Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.