Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

Unit Komunikasi Korporat

FUNGSI UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

1.  Pengurusan Pentadbiran Hal Ehwal Korporat

  • Menyelaras maklumat sistem media jabatan bagi memastikan maklumat dikemas kini dengan bahan informasi terkini.
  • Melaksanakan program “turun padang” bertemu masyarakat.
  • Melaksana pelan media berhubung publisiti, promosi, kempen dan lain-lain bagi setiap dasar program dan aktiviti jabatan.

2.  Pengurusan Perhubungan Hal Ehwal Korporat

  • Mewujudkan hubungan kerjasama dan perkongsian maklumat dengan institusi fatwa dan institusi berkait hal ehwal Islam dalam dan luar negara.
  • Menyelaras penyaluran maklumat isu-isu agama semasa melalui sistem media, liputan dan kenyataan akhbar kepada agensi dan pelanggan.
  • Menganalisa dasar jabatan dan kerajaan melalui pemantauan trend semasa dan ramalan strategik. 

3.  Pengurusan Hal Ehwal Komunikasi Strategik

  • Mengumpul maklumat dari pemantauan media sosial, media cetak dan elektronik termasuk saluran internet untuk kajian isu semasa.
  • Mengurus dan menyelaras maklumat jabatan secara dwibahasa (Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris) melalui sistem media.
  • Menyedia dan menyelaras bahan penerbitan kreatif jabatan secara dwibahasa dalam penyampaian maklumat kepada agensi dan awam.

4.  Pengurusan Media Korporat

  • Menyedia dan menyelaras maklumat dalaman semasa melalui sistem media, laporan berita dalaman dan arkib berita.
  • Membantu dan menyelaras pengurusan khidmat pelanggan melalui aduan, pertanyaan dan cadangan awam.