Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

Cawangan Labuan

FUNGSI CAWANGAN LABUAN

1.  Unit Buhuth

  • Menjalankan penyelidikan dan menyediakan bahan untuk kertas kerja cadangan fatwa.
  • Mengkaji dan mentahqiq kitab-kitab turath yang muktabar berkaitan hukum dan fatwa.
  • Meneliti dan menyediakan jawapan kepada pertanyaan masyarakat di WP Labuan.
  • Menjalankan kajian fatwa dan manuskrip serta meneliti kesesuaian semasa berkait permasalahan umat Islam di WP Labuan.
  • Memberi khidmat nasihat mengenai permasalahan agama kepada masyarakat selari dengan apa yang telah dikeluarkan oleh JMWP.
  • Menjalankan siasatan terhadap laporan berkenaan kesalahan penyampaian penceramah atau pegang tauliah yang dijemput di surau dan masjid di WP Labuan.
  • Menjalankan kajian berkenaan kesesuaian amalan dan kebiasaan yg diamalkan di sekitar WP Labuan. 

2.  Unit Istinbat

  • Menjalankan Seminar dan Bengkel Penjelasan Fatwa semasa kepada masyarakat awam.
  • Menjalankan Kelas/Seminar/Bengkel Interaktif/Tahsin Ibadah & Al-Quran kepada pemegang tauliah mengajar agama Islam dan orang awam.
  • Menguruskan permohonan tauliah mengajar agama Islam umum dan tauliah khas. 
  • Menjalankan temuduga bagi permohonan tauliah mengajar agama Islam. 
  • Menyediakan dan menyelaras pembentangan kertas kerja dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengawasan Mengajar Agama Islam WP.
  • Mengadakan Majlis Muzakarah Pemegang Tauliah Mengajar Agama Islam WP.
  • Menjalankan pemantauan penceramah dan pemegang tauliah mengajar agama Islam di mana-mana premis bersama agensi berwajib.

3.  Unit Falak

  • Menjalankan aktiviti cerapan hilal rasmi, berkala dan lain-lain cerapan yang berkait ibadah.
  • Melaksanakan tugas penentuan, semakan dan pengesahan arah kiblat di WP Labuan.
  • Membuat pengiraan, penyelarasan dan penyediaan takwim Hijri, takwim solat, takwim imsak dan berbuka puasa bagi seluruh WP Labuan.
  • Menjalankan penyelidikan dan pendidikan falak melalui aktiviti dan program di WP Labuan.
  • Menyebarkan maklumat berkaitan falak kepada masyarakat di WP Labuan.

4.  Unit Khidmat Sokongan

  • Mengurus tadbir hal-hal berkaitan pengurusan am pejabat, struktur organisasi jabatan serta surat-menyurat jabatan dan kerajaan.
  • Mengurus tadbir hal-hal berkaitan perkhidmatan dan pentadbiran sumber manusia.
  • Mengurus tadbir hal-hal berkaitan pengurusan bajet dan kewangan jabatan.
  • Mengurus dan memastikan kenderaan jabatan berada dalam keadaan yang baik.
  • Mengemas kini fail dan rekod jabatan serta mengurus hal berkaitan penyelenggaran, pelupusan dan pemeliharaan rekod awam.
  • Mengurus dan mengemas kini aset dan stor jabatan.
  • Menguruskan cuti secara manual dan melalui sistem HRMIS.
  • Mengurus dan menyelaras komunikasi dan teknologi maklumat termasuk pengemaskinian maklumat jabatan.
  • Membantu menyelesaikan masalah teknikal dan IT jabatan dan menyelenggara sistem rangkaian komputer setempat (LAN).