Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

Unit Istinbat

FUNGSI UNIT ISTINBAT

unit falak1.  Pengurusan dan Keurusetiaan Fatwa

  • Menguruskan hal ehwal Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan (JPHSWP) termasuk Pra dan Khas dan menyediakan minit Mesyuarat JPHSWP.
  • Menyelaras kertas-kertas fatwa yang perlu/akan dibentangkan dalam Mesyuarat JPHSWP termasuk Pra dan Khas.
  • Menyebarluaskan hukum-hakam Islam dan fatwa bagi mengukuhkan fahaman dan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

2.  Pembangunan dan Pewartaan Fatwa

  • Mengadakan sesi libat urus JMWP bersama agensi-agensi kerajaan atau swasta bagi membincangkan serta membentangkan fatwa-fatwa yang telah diputuskan oleh JPHSWP.
  • Menghimpunkan dan mengemas kini fatwa yang telah diputuskan oleh JPHSWP dalam laman  sesawang e-Fatwa.
  • Mengadakan bengkel atau taklimat bersama pihak Jabatan Peguam Negara (JPN) bagi menyelaraskan sighah fatwa. 
  • Menjalankan proses pewartaan bagi fatwa terpilih untuk diwartakan bersama pihak JPN. 

3.  Pengurusan dan Keurusetiaan Tauliah Mengajar

  • Menguruskan permohonan Tauliah Mengajar Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Tauliah Khas.  
  • Menjalankan temuduga bagi permohonan tauliah. 
  • Menjalankan Mesyuarat Pengawasan Pengajaran Agama Wilayah Persekutuan.
  • Mengadakan Majlis Muzakarah Pemegang Tauliah Mengajar Agama Wilayah Persekutuan. 
  • Mentadbir urus sistem e-Tauliah dan mengemas kini data-data pemegang tauliah.

4.  Pembangunan dan Latihan 

  • Membangunkan kurikulum latihan yang komprehensif merangkumi semua aspek pengajian Islam. 
  • Merancang dan menganjurkan bengkel kemahiran dan skil dalam bidang agama Islam.
  • Merangka dan mengemas kini modul temuduga tauliah mengajar agama Islam WP.
  • Melaksanakan penilaian program latihan dan menyimpan rekod latihan para peserta.