Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

Bahagian Khidmat Sokongan

FUNGSI BAHAGIAN KHIDMAT SOKONGAN

unit falak

1.  Unit Sumber Manusia 

  • Mengendalikan urusan perkhidmatan, latihan dan pembangunan kerjaya petugas.
  • Merancang dan melaksanakan urusan perjawatan dan pembangunan organisasi.
  • Menyelaras fungsi intergriti jabatan dan bertindak sebagai urusetia Lembaga Tatatertib.
  • Mengawalselia penggunaan aplikasi HRMIS.

 

 

2.  Unit Pentadbiran 

  • Menyediakan perkhidmatan berkaitan pengurusan pejabat serta fasiliti selamat dan kondusif untuk warga kerja. 
  • Melaksanakan urusan perolehan kerajaan berdasarkan peraturan yang berkuatkuasa.
  • Memastikan aset dan inventori jabatan dikendalikan secara cekap, sistematik dan optimum bagi keperluan petugas.
  • Melaksana dan memantau urusan rekod, fail dan dokumentari Jabatan.
  • Mengurusetia mesyuarat utama jabatan berkaitan pengurusan.

3.  Unit Kewangan 

  • Merancang permohonan dan agihan bajet jabatan bagi peruntukan mengurus dan akaun amanah.
  • Melaksanakan urusan pembayaran perolehan jabatan dan tuntutan berdasarkan peraturan yang berkuatkuasa.
  • Menguruskan pembayaran emolumen warga jabatan.
  • Memantau prestasi kewangan jabatan serta menyediakan laporan kewangan yang berkaitan.

4.  Unit ICT 

  • Merancang dan menetapkan keperluan ICT jabatan berdasarkan keperluan semasa jabatan.
  • Menyedia serta memantau infrastruktur ICT termasuk rangkaian dan keselamatan rangkaian.
  • Melaksanakan pembangunan sistem dan aplikasi bagi meningkatkan keberkesanan perkhidmatan jabatan.
  • Menyediakan perkhidmatan sokongan teknikal ICT kepada warga jabatan.
  • Membaikpulih perkakasan komputer dan jaringan komunikasi ICT jabatan.