Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

Unit Falak

FUNGSI UNIT FALAK

unit falak

1.  Unit Kiblat dan Cerapan 

  • Mengurus persiapan lokasi, jemputan, data cerapan, penyediaan dokumen, taklimat dan melaksanakan cerapan rasmi dan bulan-bulan Hijri yang lain.
  • Mengurus surat-menyurat, persiapan tempat, jemputan, penyediaan dokumen, data almanak falak bagi aktiviti cerapan langit dan fenomena-fenomena falak yang berkaitan.
  • Mengurus peralatan bagi aktiviti pengukuran arah kiblat dan cerapan.
  • Membuat kerja pengukuran arah kiblat di premis masjid dan surau dalam Wilayah Persekutuan, mengemaskini maklumat permohonan arah kiblat setelah kerja pengukuran selesai serta mendokumentasi dokumen permohonan arah kiblat.
  • Mengemaskini data grid koordinat lokasi azimuth arah kiblat bagi masjid, surau dan tanah perkuburan Wilayah Persekutuan
  • Merekodkan laporan cerapan rasmi dan bulanan dalam borang cerapan PMWP dan portal  MyRHK JAKIM.

 

2.  Unit Takwim, Peralatan, Pentadbiran dan Pameran

  • Mengurus urusan surat-menyurat berkaitan Unit Falak.
  • Mengurus persiapan mesyuarat takwim solat tahunan bagi Wilayah Persekutuan.
  • Mengurus Pesanan Tempatan (PO) dan bayaran bagi program berkaitan.
  • Mengadakan bengkel penyelarasan, menyediakan data dan mendraf format takwim hijri.
  • Menganjurkan pameran falak secara berkala serta menyediakan bahan-bahan dan peralatan pameran falak sekiranya terdapat permintaan dari agensi yang berkaitan.
  • Mengurus persiapan Mesyuarat JK Falak & JK Rukyah Hilal.
  • Menyemak Jadual Penyelenggaraan dan menguji peralatan falak secara berkala.

3.  Unit Pendidikan dan Latihan

  • Melaksanakan penyelarasan aktiviti tahunan kelab falak sekolah.
  • Melaksanakan bengkel, kursus atau program bersama jabatan serta agensi-agensi luar.
  • Mengemaskini maklumat berkaitan kelab falak sekolah dari masa ke semasa.
  • Menyelaraskan aktiviti bersama agensi yang ingin melaksanakan program bersama kelab falak sekolah.
  • Mengendalikan bengkel dan latihan dalaman bagi unit falak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
  • Menguruskan latihan pengendalian alat dan cerapan matahari.

4. Unit Kajian dan Penyelidikan

  • Menjalankan kajian berkaitan falak secara berkala bersama rakan strategik Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
  • Menghasilkan artikel penyelidikan berkenaan isu-isu kontemporari falak untuk rujukan.
  • Menjalankan proses penterjemahan bahan-bahan berkaitan falak sama ada kitab ataupun artikel.
  • Membentangkan dapatan kajian penyelidikan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Falak.
  • Menyediakan jawapan bagi kemusykilan falak serta bahan berkaitan falak untuk penerbitan.
  • Mengkaji dan menganalisa data cerapan hilal bulanan yang dijalankan di Wilayah Persekutuan.. 
  • Mengendalikan program Usrah Falak.