Bahasa : 
Warna Tema : 
blue green oren
Saiz Teks : 
A- A A+
FAQ

SOALAN 18 (22/06/2015 BERSAMAAN 05 RAMADAN 1436H)

Apakah keadaan darah yang keluar daripada wanita yang hamil apabila digugurkan janin?

 

JAWAPAN

Darah yang keluar daripada wanita yang hamil apabila digugurkan janin, ia terbahagi kepada dua keadaan. Jika janin sudah nyata seperti manusia, maka darah tersebut dianggap sebagai nifas. Justeru, wanita tersebut tidak boleh berpuasa dan solat. Sebaliknya, jika hanya seperti segumpal darah atau daging yang belum nyata sifat manusia, maka hukumnya bukan darah nifas dan hendaklah dia berpuasa. Lihat Fatawa Ramadan (1/358).