Bahasa : 
Warna Tema : 
blue green oren
Saiz Teks : 
A- A A+
FAQ

SOALAN 19 (23/06/2015 BERSAMAAN 06 RAMADAN 1436H)

Apakah hukum pekerja yang melakukan kerja-kerja berat seperti buruh pada bulan Ramadan?

 

JAWAPAN

Dr. Wahbah al-Zuhaili dalam al-Fiqh al-Islami menukilkan pendapat Abu Bakar al-Ajurri: Orang yang bekerja berat ialah orang yang mempunyai pekerjaan yang berat. Jika dia bimbang berlaku kebinasaan dengan sebab puasa, maka di boleh berbuka dan melakukan qadha’ jika seandainya pekerjaan tersebut mendatangkan kemudharatan sekiranya ditinggalkan. Jika meninggalkan pekerjaan itu tidak membawa sebarang kemudharatan, dia berdosa kerana berbuka. Jumhur fuqaha menetapkan bahawa wajib ke atas pekerja yang melakukan kerja berat bersahur dan juga berniat puasa. Jika berlaku sebarang keuzuran atau lapar yang amat sangat dan dibimbangi berlaku kemudharatan, harus baginya berbuka puasa dan melakukan qadha’. Jika sekiranya kemudharatan pasti berlaku dengan sebab puasa, maka wajib ke atasnya berbuka, seiring dengan firman Allah SWT:

 

وَلَا تَقْتُلُوا أَنْفُسَكُمْ إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيمًا

Maksudnya: Dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesame sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihi kamu.

(Surah al-Nisa’: 29)