Bahasa : 
Warna Tema : 
blue green oren
Saiz Teks : 
A- A A+
FAQ
carian

SOALAN 27 (24/06/2015 BERSAMAAN 07 RAMADAN 1436H)

Apakah maksud Rayyan dalam hadis?

 

JAWAPAN

Daripada Sahal bin Sa’d R.A, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّ في الجَنَّةِ بَابًا يُقَالُ لَهُ الرَّيَّانِ يَدخُلُ مِنهُ الصَّائِمُونَ يَومَ القِيَامَةِ، لَا يَدْخُلُ مِنهُ أَحَدٌ غَيْرُهُم

Maksudnya: “Sesungguhnya dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama al-Rayyan khusus untuk ahli puasa memasuki syurga melaluinya pada hari kiamat kelak. Selain mereka tidak dibenarkan masuk.”

(Riwayat Ahmad, al-Bukhari dan Muslim)

 

            Imam al-Nawawi Rahi,ahullah dalam Syarah Muslim menyebut: Hadis ini menunjukkan kelebihan puasa dan kemuliaan orang yang berpuasa.

            Al-Rayyan bermaksud: Orang yang tidak merasa dahaga. Ia kalimah atau sifat yang sangat sesuai kepada orang yang berpuasa.

            Berkata Mulla al-Qari: “Maksud al-Rayyan itu sama ada dirinya sendiri tidak merasa dahaga kerana terdapat banyaknya sungai-sungai yang mengalir, bunga dan buah-buahan yang berada di sampingnya atau kerana yang sampai kepadanya (memasukinya) akan hilang rasa dahaga pada hari kiamat.”

            Berkata Izzuddin bin Abd al-Salam dalam kitab fawaid al-Saum: “Adapun dikhususkan kepada mereka memasuki syurga dari pintu al-Rayyan kerana keistimewaan ibadat mereka dan kemuliaannya.”

            Itulah suatu gambaran yang sebenarnya tentang makna yang didapati pada kalimah al-Rayyan dan ianya buat selama-lamanya bagi penghuni syurga yang menjalankan segala urusan Allah SWT.