Bahasa : 
Warna Tema : 
blue green oren
Saiz Teks : 
A- A A+
FAQ
carian

 

SOALAN

Apakah maksud melakukan haji kerana Allah?

 

JAWAPAN

Firman Allah SWT:

وَأَتِمُّوا الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلَّهِ

Maksudnya: “Dan sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah”

(Surah al-Baqarah: 196)

            Pada dasarnya, semua amalan hendaklah dilakukan kerana Allah. Tetapi, di dalam ayat ini dikhususkan kepada ibadat haji dan umrah. Tujuannya adalah disebabkan orang Arab pergi menunaikan haji dengan tujuan untuk berkumpul dan menunjuk-nunjuk, bersaing, bermegah-megah, menunaikan pelbagai hajat dan membeli belah. Mereka tidak pergi dengan tujuan kerana Allah dan bukan dengan tujuan menunaikan kefarduan dan hak yang ditetapkan oleh Allah.

            Justeru, Syeikh al-Maraghi berkata, tafsiran ayat ini ialah: “Kerjakanlah ibadat haji dan umrah dengan sempurna dan lengkap, secara lahiriyah. Ia dilakukan dengan menunaikan syariat dan rukun menurut yang sepatutnya. Sementara secara batiniah, ia dilaksanakan dengan penuh keikhlasan kerana Allah SWT dan bukan dengan tujuan untuk mencari sumber pendapatan menerusi dagangan atau menarik pujian orang dan nama. Meskipun begitu, dibenarkan berdagang dilakukan secara ikhlas, tetapi tujuan sebenar ke Mekah bukan untuk berdagang.” Lihat Tafsir al-Maraghi (1/393).

 

 

Akhukum fillah,

Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri

Mufti Wilayah Persekutuan

29 Syawal 1436H bersamaan 14 Ogos 2015