Bahasa : 
Warna Tema : 
blue green oren
Saiz Teks : 
A- A A+
FAQ
×

Amaran

PenggunaJ: :_load: Tidak dapat memuatkan pengguna dengan ID: 76

Soalan : Adakah dikenakan zakat ke atas bank-bank dan syarikat-syarikat perniagaan yang berlandaskan syariat yang syarikat induknya dimiliki oleh orang bukan Islam?

 

Jawapan:

Saya kemukakan jawapan ini kepada beberapa contoh:

Pertama: Hendaklah dimaklumi bahawa kewajipan zakat hanya dikenakan terhadap orang Islam sahaja, kerana taklif ibadat hanya sah kepada mereka sahaja.

Kedua: Dalam mengembangkan ekonomi, orang Islam bebas berurusan dan bermuamalat, sama ada sesama Muslim, atau dengan orang bukan Islam.

Ketiga: Zakat merupakan salah satu rukun Islam yang mesti ditunaikan, dan keengganan membayar zakat termasuk dosa-dosa besar. Ketika pemerintahan Saidina Abu Bakar RA, beliau memerangi golongan yang enggan mengeluarkan zakat, dan peristiwa ini telah dirakamkan dalam sejarah. Firman Allah SWT:

خُذْ مِنْ أَمْوَ‌ٰلِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِم بِهَا

Maksudnya: Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka.

(Surah al-Taubah: 103)

 

Firman Allah SWT:

 

 وَأَقِيمُوا۟ ٱلصَّلَو‌ٰةَ وَءَاتُوا۟ ٱلزَّكَو‌ٰةَ وَٱرْكَعُوا۟ مَعَ ٱلرَّ‌ٰكِعِينَ  

Maksudnya: Dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan ruku'lah berserta orang-orang yang ruku’.

(Surah al-Baqarah: 43)

Zakat ke atas bank-bank dan syarikat-syarikat perniagaan yang berlandaskan syariat yang syarikat induknya dimiliki oleh orang bukan Islam telah pun diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam Muzakarah Khas bertarikh 16 Ogos 2001 yang mana semua perbankan Islam yang menjalankan syara’ wajib mengeluarkan zakat, begitu juga semua kaunter yang menjalankan perniagaan berlandaskan syara’ yang induknya bukan Islam.

 

Akhukum Fillah

Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Mufti Wilayah Persekutuan