Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

SESI LIBAT URUS RANG UNDANG-UNDANG MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN (RUU MUFTI)

PUTRAJAYA, 21 OKTOBER 2024 - Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (JMWP) telah mengadakan beberapa sesi libat urus bagi memberi penjelasan berkaitan cadangan Rang Undang-Undang Mufti Wilayah Persekutuan (RUU Mufti) kepada Jawatankuasa Biro Agama Parti Pakatan Harapan( PH) petang tadi. SS Datuk Prof Madya Dr. Luqman Hj Abdullah menjelaskan keperluan dan justifikasi RUU Mufti digubal antaranya bagi memperkasa pentadbiran hukum syarak dan meningkatkan urus tadbir institusi Mufti dan kefatwaan di Wilayah Persekutuan. Selain itu beliau juga menyatakan RUU Mufti hanya terpakai kepada orang Islam di Wilayah Persekutuan sahaja dan tidak melibatkan bukan Islam serta tidak terpakai di negeri lain.

Dakwaan bahawa RUU digubal secara tergesa-gesa dan bertujuan melangkaui kuasa Yang Di-Pertuan Agong juga adalah suatu tuduhan tidak bersandarkan fakta kerana cadangan dan gerakerja penggubalan ini telah bermula sejak 2011 lagi. Fungsi Mufti juga kekal bagi membantu dan menasihati YDPA pada perkara berkaitan hukum syarak sahaja.

Majlis turut dihadiri Datuk Wira Ghani Samsudin,Timbalan Penasihat Umum Parti Amanah Negara,Dato’ Amidi Dato’ Abdul Manan,Pengarah Jabatan Pemahaman dan Pemantapan Agama dari Parti Keadilan Rakyat,Dr Muhammad Razak Idris,Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama,Ustaz Zamri Zainal Abidin,CEO Yayasan Dakwah Islam Malaysia dan SS Hj Jamali Mohd Adnan,Timbalan Mufti.

Pada awal pagi SS Datuk Mufti juga dijemput bersiaran di Radio IKIMfm bersama Prof Madya Dato’ Mohamed Azam Mohamed Adil, Ketua Pengarah IKIM membicarakan Topik Pagi bertajuk RUU Mufti: Memperkasa Institusi Fatwa.

Sementara itu SS Hj Jamali Mohd Adnan,Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan mengulas berkaitan isu RUU Mufti dalam Program Bicara Eksekutif Madani anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan(JAWI) dihadiri seramai 250 peserta.

Beliau menyatakan tiga sebab utama RUU Mufti digubal bertujuan mengekalkan semangat dan aspirasi dalam Persekutuan,aliran Ahli Sunnah wal Jamaah yang dikemukakan adalah aliran sejak zaman berzaman menjadi pegangan majoriti umat Islam di negara ini dan telah terbukti aliran yang berpegang kepada prinsip kesederhanaan dan moderate yang ternyata membawa keharmonian dan perpaduan di kalangan masyarakat.