PUTRAJAYA, 28 SEPTEMBER 2026 - Sahibus Samahah Tuan Haji Ahmad Fauwaz bin Fadzil, Mufti Wilayah Persekutuan menghadiri pengebumian Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah binti Mohd Ali, isteri kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Kehadiran beliau sebagai tanda penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah serta menzahirkan rasa dukacita kepada keluarga atas kehilangan insan tersayang.
Turut mencemar duli menghadiri pengebumian tersebut ialah Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj serta Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan menzahirkan ucapan takziah kepada Tun Dr. Mahathir bin Mohamad serta seluruh ahli keluarga Allahyarhamah. Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarhamah, mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya dalam kalangan orang yang beriman serta beramal soleh. Semoga seluruh ahli keluarga dikurniakan kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan ini.