Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

SIHIR PENUNDUK

SOALAN 79 (19/06/2015 BERSAMAAN 02 RAMADAN 1436H)

 

 

Assalamualaikum Ustaz. Saya ingin bertanya Ustaz soalan. Jika seorang suami khianat (sihir atau bomoh isteri) untuk tunduk kepadanya seperti semua duit isteri perlu diberikan kepadanya, adakah dia sudah syirik (murtad)?

 

JAWAPAN

 

Lihat kepada jenis amalan sihir tersebut. Jika ada unsur syirik, maka hukumnya syirik. Sebaliknya, jika tiada sebarang unsur syirik, ia tidaklah syirik. Tetapi dalam Islam, sihir termasuk dalam salah satu dosa besar yang dinyatakan oleh nas. Elakkanlah daripada perbuatan sihir kerana tiada kebaikan baginya.