Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

LELAKI BERPAKAIAN PEREMPUAN UNTUK BERDAKWAH

 

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 125 (15 DISEMBER 2015 / BERSAMAAN 4 RABIULAWAL 1437H)

 

SOALAN:

Assalaamualaikum Y. Bhg. Datuk,

Apakah hukum lelaki berpakaian wanita, seperti tudung, bagi tujuan mengajar/berdakwah kepada wanita agar bertudung?

Terima kasih 

 

JAWAPAN:

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

 

Terlalu banyak nas yang melarang lelaki menyerupai wanita. Antaranya daripada Ibn Abbas:

 
لَعَنَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم الْمُخَنَّثِينَ مِنَ الرِّجَالِ، وَالْمُتَرَجِّلاَتِ مِنَ النِّسَاءِ

Maksudnya: Nabi SAW telah melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan orang-orang perempuan yang menyerupai lelaki.

Riwayat al-Bukhari (5886 & 6834), Abu Daud (4953) & al-Tirmizi (2785)

Berdakwah boleh dilakukan secara berkesan dengan pelbagai cara yang halal seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan ini sebenarnya lebih berkesan. Sebaiknya elakkan pakaian yang bercanggah dengan fitrah masing-masing. 

Wallahuaʿlam