Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

konflik keluarga: beranilah untuk berbincang

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 213 (15 MAC 2016 M / 6 JAMADILAKHIR 1437 H)

 

SOALAN:

 

Salam. Saya ingin bertanya.

Apabila seseorang anak tu enggan melakukan sesuatu perkara kerana perkara tersebut boleh merosakkan hubungan dia dengan Allah. Namun ibubapanya memaksa si anak tersebut melakukan perkara tersebut. Perkara tersebut pada zahir bukanlah suatu maksiat seperti mendedah aurat, berjudi dan sebagainya. Cuma perkara trsebut di mata si anak apabila diperhalusi dilihat agak bermasalah. Adakah si anak dikira derhaka apabila enggan memenuhi kehendak ibu bapa tersebut?

 

JAWAPAN:

 

Waalaikumussalam wbt,

Pada umumnya, si anak hendaklah mentaati perintah kedua ibu bapanya dalam semua keadaan. Kami berpendapat dalam kes saudara, alangkah baiknya jika diadakan perbincangan antara anak dan ibu bapa supaya alasan dan hujah kedua-dua belah pihak dapat disampaikan dengan harmoni dan kasih sayang. Sebagaimana diketahui, prinsip Syura ialah prinsip asas dalam Islam dan akan menatijahkan hasil yang baik bagi pihak-pihak terlibat. Sebaliknya, pertentangan akibat sikap tidak bermesyuarat pula membawa kepada kekeruhan hubungan dan kesan negatif yang lain. Bahkan, sikap sentiasa berbincang juga ialah tanda kebaikan dan hormat kepada ibu bapa. 

Begitu juga setiap ahli keluarga perlulah melakukan seterbaik mungkin terhadap keluarga masing-masing. Ini akan membawa kepada kerukunan rumahtangga. Benarlah sabda Rasulullah SAW seperti riwayat Aisyah R.Anha:

خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لِأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ لِأَهْلِي

Maksudnya: Sebaik-baik kalian ialah yang bersikap baik dengan ahli keluarganya, dan aku ialah orang yang terbaik daripada kalangan kamu terhadap keluargaku.

Hadis riwayat al-Tirmidzi (3895) dalam Sunan. Beliau berkata: hadis hasan sahih.

Wallahua`lam.