Bahasa : 
Warna Tema : 
blue green oren
Saiz Teks : 
A- A A+

SUSU PUASA.PNG

Soalan:

Adakah menyusukan anak membatalkan wudhu?

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW. Sebelum dijelaskan hukum bagi permasalahan ini, dibentangkan di sini terlebih dahulu takrif mahram.

Perkara-perkara yang membatalkan wudhu’ telah disebut dalam kitab-kitab fiqh, dan ia diletakkan dalam satu bab yang khusus.

Menurut Syeikh Salim bin Sumair al-Hadhrami dan Syeikh Hasan bin Ahmad al-Kaaf, ada empat perkara yang membatalkan wudhu:

  1. Keluar sesuatu dari salah satu saluran qubul dan dubur.
  2. Hilangnya akal disebabkan tidur , kecuali tidur yang tetap punggungnya.
  3. Bersentuhan kulit antara lelaki dan wanita dewasa ajnabi tanpa lapik.
  4. Menyentuh qubul anak adam atau lubang duburnya dengan tapak tangan atau jari-jemari bahagian dalam. (Rujuk Al-Mujtaba fi Syarh Safinah al-Naja, hal. 38 dan Al-Taqrirat al-Sadidah, hal. 100-103)

Turut dijelaskan juga bahawa segala benda yang keluar dari selain dua kemaluan depan dan belakang, jika bukan benda najis, tidak dianggap sebagai hadath (pembatal wudhu) menurut kesepakatan para ulama. (Rujuk Al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 17/113)

Maka dalam hal ini kita dapati, menyusukan anak tidak termasuk dalam perkara yang membatalkan wudhu’.

Wallahu a’lam.