Bahasa : 
Warna Tema : 
blue green oren
Saiz Teks : 
A- A A+
FAQ
carian

SOALAN 47 (29/06/2015 BERSAMAAN 12 RAMADAN 1436H)

Apakah maksud sabda Nabi SAW: “Kecuali puasa maka sesungguhnya ia untuk-Ku dan Aku akan membalasnya”

 

JAWAPAN

Ini kerana mereka yang mempunyai keimanan yang kental sahaja mampu melakukan amalan puasa, sebaliknya mereka yang goyah dan mudah mengikut hawa nafsu amat sukar baginya untuk melakukan ibadat puasa.

            Imam al-Munawi berkata: “Orang yang berpuasa, Aku (Allah) memberinya balasan pahala yang banyak. Aku yang menguruskan balasan pahala itu tanpa diwakilkan kepada malaikat yang paling dekat atau makhluk-makhluk lain kerana puasa itu rahsia antara-Ku dengan hamba-Ku. Ini kerana apabila ditahan dirinya daripada nafsu syahwat maka ia diberi pahala dengan pengawasan Allah SWT.” (Faidh al-Qadir: 4/250)