Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

IRSYAD AL-FATWA KE-72: JENIS KHILAF DAN SEBABNYA

 

 

SOALAN

Berapakah jenis khilaf dan apakah sebabnya?

 

JAWAPAN

Terdapat dua jenis khilaf iaitu:

Pertama: Khilaf Maqbul (yang diterima) seperti jenis-jenis haji dan beberapa masalah yang lain.

Kedua: Khilaf Mazmum (yang dikeji). Antara puncanya ialah:

  • Kejahilan
  • Kezaliman dan melampau
  • Mengikut hawa nafsu dan zan
  • Mukhalafah Manhaj Nabawi (bercanggah dengan manhaj Nabi)
  • Khilaf yang harus dan boleh diterima. Ini berdasarkan kepada beberapa syarat
  • Hendaklah yang berkhilaf itu di kalangan ahli fiqh dan cerdik dalam agama
  • Dalam perkara-perkara cabang dan bukan qat’ie
  • Bermatlamatkan mencari kebenaran
  • Berkorban dan berusaha sedaya upaya dalam mencari kebenaran (ijtihad)

 

Sebab-sebab Berlakunya Khilaf

Perbezaan fahaman dan akalan serta kemampuan dalam mendapatkan ilmu.

  • Perbezaan dalam penguasaan ilmu
  • Perbezaan dalam penguasaan bahasa Arab
  • Khilaf dalam masalah berhujah dengan sumber-sumber fiqh
  • Khilaf pada syarat-syarat yang sepatutnya wujud pada hadis sahih
  • Khilaf pada kaedah-kaedah usuliyah seperti:
    • Menentukan makna lafaz musytarak (lafaz yang berkongsi banyak makna)
    • Menentukan suruhan wajib atau sunat
    • Menentukan larangan atas haram atau makruh
    • Menentukan mutlaq di atas muqayyad
    • Menentukan lafaz atas haqiqat (sebenar) atau majaz (kiasan)
    • Menentukan umum al-Quran dan sunnah mutawatirah atas nas dengan khabar ahad
    • Menentukan umum sesuatu percakapan
    • Menentukan dalalah nas atas fahqa al-khitab
    • Menentukan kembali pengecualian selepas ayat, adakah kembali semuanya atau yang akhir sahaja
    • Menentukan dalalah nas pada mafhum mukhalafah
  • Khilaf pada qiraat dalam al-Quran
  • Khilaf dengan sebab bertentangan dalil-dalil

 

Guru kami Fadilatu al-Syeikh Dr. Mustafa Said al-Khin melalui bukunya yang bertajuk Athar al-Ikhtilaf fi al-Qawa’id al-Usuliyyah fi Ikhtilaf al-Fuqaha telah menjelaskan panjang lebar berhubung isu ini.

 

 

Akhukum fillah

Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri

Mufti Wilayah Persekutuan

02 Zulkaedah 1436H bersamaan 17 Ogos 2015